Yeo’s & KTMB Semarak Semangat Patriotik Generasi Muda Sempena Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia
Yeo's Yeogurt turut diedarkan secara percuma kepada kanak-kanak serta keluarga yang menggunakan perkhidmatan ETS di KL Sentral.
Cover image via Yeo's MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sambutan bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia terus disemarakkan menerusi pendekatan kreatif apabila Yeo's Yeogurt menggembleng kerjasama strategik bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi mendekatkan generasi muda dengan sejarah dan nilai patriotisme
Program khas yang berlangsung di KL Sentral hari ini menghimpunkan kira-kira 120 kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun untuk menzahirkan persepsi serta rasa cinta mereka terhadap negara menerusi seni, warna, dan imaginasi.
Penganjuran pertandingan mewarna berkenaan menjadi sebahagian daripada usaha menyemarakkan semangat patriotik sepanjang tempoh sambutan bulan Kebangsaan sehingga Hari Malaysia pada 16 September depan.
Kerjasama ini menyaksikan penggabungan dua jenama ikonik yang mempunyai sejarah panjang dalam kehidupan masyarakat tempatan.
KTMB yang berkhidmat sejak sebelum era kemerdekaan terus berperanan menghubungkan masyarakat merentasi bandar dan pekan, manakala Yeo's kekal menjadi pilihan jenama makanan dan minuman keluarga Malaysia sejak turun-temurun.

Kolaborasi dua jenama warisan Kebangsaan
Wakil Yeo's Malaysia, Renda Low berkata, bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia perlu dimanfaatkan untuk menyemai rasa cinta terhadap tanah air dalam kalangan kanak-kanak menerusi pendekatan yang dekat dengan dunia mereka.
Beliau menjelaskan bahawa melalui aktiviti semudah seni dan mewarna, para peserta dapat menzahirkan makna Malaysia kepada mereka sambil berseronok. Program ini juga membawa semangat kempen Seronok Jadi Aktif yang menggalakkan kanak-kanak bergerak, meneroka, dan berkarya dalam suasana menyeronokkan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Azlan Shah Al Bakri menegaskan bahawa peranan syarikat pengangkutan berkenaan melebihi fungsi membawa penumpang semata-mata.
Beliau berbangga KTMB dapat terus menjadi sebahagian daripada perjalanan rakyat dan berharap kerjasama ini mampu mewujudkan pengalaman bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bermakna kepada kanak-kanak serta keluarga, selain memberi inspirasi kepada generasi muda.

Hasil karya para peserta dinilai secara profesional oleh panel juri yang terdiri daripada Renda Low bersama Pengurus Besar Perkhidmatan ETS, Mohd. Azhar Abu Bakar, serta Ketua Program Diploma Seni Halus Fakulti Seni Halus Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Mohd. Safwan Ahmad.
Bagi memeriahkan lagi acara majlis, Yeo's Yeogurt turut diedarkan secara percuma kepada kanak-kanak serta keluarga yang menggunakan perkhidmatan ETS di KL Sentral, sekali gus memberikan pengalaman perjalanan yang lebih bermakna sempena perayaan bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


