seismik

YouTube Akan Lancarkan 'Stories' Seperti Instagram Yang Dipanggil 'Reels'. Wow Menarik!

Sekarang YouTube pula ada ciri klip beberapa saat yang digelar "Reels", gais!

Cover image via newsguards.com

Pengemar YouTube kini boleh menyaksikan aksi YouTubers kegemaran mereka di 'Reels' selepas ini. Menarik!

Image via Mashable

Memetik laporan Mashable, laman web kepunyaan Google iaitu YouTube akan melancarkan satu ciri yang digelar 'Reels' untuk membolehkan pengguna YouTube memuat naik klip video 30 saat dengan stickers, filters, music, text dan lain-lain.

Selain itu, tidak seperti platform media sosial yang lain, YouTube 'Reels' tidak akan ada had masa. Contoh seperti Instagram, Stories akan tampat tempoh dalam masa 24 jam. Sama seperti WhatsApp, Facebook & Snapchat.

Setakat ini, hanya sekumpulan pengguna YouTube yang dipilih sahaja akan diberi akses kepada Reels

Image via Mashable

Dengan adanya 'Reels' ini, mereka boleh mengumpulkan banyak cerita mini dan memuat naiknya ke akaun YouTube mereka.

Google menyatakan bahawa idea itu akan menggalakkan lebih ramai Youtubers untuk memuat naik klip video yang lebih pendek daripada video penuh

Buat sementara waktu, 'Reels' akan melalui Ujian Beta, akan tetapi direka khusus untuk pencipta YouTube. Akan ada juga kelonggaran untuk membuat 'Multiple Reels' dan 'Reels' tersebut tidak akan luput.

Selain itu, ciri yang sedia ada akan melalui proses eksperimen dan pembaikan produk sebelum diperkenalkan kepada orang ramai.

'Reels' yang masih di dalam fasa pengujian beta akan diletakkan di dalam tab yang berlainan daripada saluran channel YouTube yang sedia ada

Pelancaran itu adalah sebahagian usaha untuk membina rangkaian sosial di dalam YouTube. Syarikat itu juga telah mengumumkan bahawa ia akan membuka tab "community" YouTube kepada semua semua Youtubers sekurang-kurangnya 10,000 pengguna dahulu.

Pengguna akan dibenarkan untuk berinteraksi dan update dengan teks, gambar dan video. YouTube adalah yang terbaru dalam kalangan syarikat teknologi untuk menawarkan formatnya sendiri. Facebook, Instagram, Medium, dan beberapa aplikasi dating turut mengikut ciri Snapchat yang popular itu.

Image via Mashable

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: