"Zaman Ini Tidak Boleh Memilih Kerja" - Nenek Sanggup Angkat Tong Gas Untuk Cari Rezeki
Hebat nenek.
Zaman sekarang, makin lama makin susah untuk mencari pekerjaan kerana ramai saingan
Bukan saja bagi golongan muda, namun bagi golongan yang berusia juga kerana peluang pekerjaan mereka semakin terhad dengan lambakan anak muda.
Seperti kisah seorang warga emas ini yang gigih bekerja mengangkat tong gas sebagai belanja harian telah mencuri tumpuan.
Buktikan wanita juga mampu lakukan pekerjaan itu
Difahamkan, nenek yang berusia 57 tahun ini mampu mengangkat dan menghantar tong gas berisi petroleum cecair (LPG) dari rumah ke rumah hanya dengan menaiki motosikal.
Ia adalah demi kelangsungan perniagaan yang menjadi mata pencariannya sejak lebih 15 tahun lalu. Baginya, tiada istilah rehat atau penat. Malah, dia membuktikan bahawa wanita juga mampu melakukan pekerjaan itu, yang lazimnya dimonopoli kaum lelaki.
"Saya terdetik untuk memulakan perniagaan ini selepas melihat adik saya mengusahakannya. Kerja saya bukan sekadar menjual malah mengangkat, menghantar dan memasang tong gas di rumah pelanggan.
"Semasa mula berniaga pada 2004, memang rasa tidak yakin untuk angkat tong gas seberat 12 dan 14 kilogram, tapi lama-kelamaan jadi terbiasa walaupun sakit pinggang semua ada,” katanya kepada sumber.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!