seismik

"Power Of Sedekah" - Lelaki Kongsi Beri Duit Terakhir RM20, Tak Sangka Dibalas Cash RM250

Murah rezeki dia.

Cover image via @azimxdnan (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai seorang umat Islam, melakukan ibadah dan kebaikan adalah digalakkan dalam kehidupan seharian kita

Tambahan lagi, dengan beribadah dapat membentuk diri kita menjadi insan yang berguna dan menjadi lebih baik.

Malah, kita juga digalakkan untuk bersedekah. Jumlah itu tidak penting asalkan niat dalam hati kita adalah betul.

Sama seperti seorang pemuda dalam video ini apabila dia berkongsi kehebatan selepas saja dia bersedekah telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@azimxdnan Sedekah is not for us to gain. It’s for others to gain. #thatslife #fyp #foryoupage #azimadnan Islam - Lafina

Terkejut dapat dibalas dengan cash RM250 terus

Menerusi video tersebut, pemuda itu berkongsi kisahnya tentang bersedekah pada zaman latihan industrinya.

Dia berkongsi ketika itu dia hanya memiliki RM20 di dalam dompetnya. Perkara itu membuatkan dia berasa kosong dan sedih kerana wangnya tidak mencukupi untuk dia bertahan selama dua minggu.

“Pada waktu itu juga adalah waktu Zohor, daripada menunaikan solat di surau pejabat, tiba-tiba saya terasa nak solat di masjid,” katanya.

Tanpa memikir panjang, dia membuat keputusan untuk sedekah RM20 iaitu duit terakhirnya dengan niat supaya Allah tidak membiarkan kanak-kanak kelaparan.

Namun, sampainya dia di dalam pejabat keajaiban mula berlaku selepas penyelianya memberikannya wang kira-kira RM250 kerana dia mengendalikan sebuah acara sebelum ini.

"Yes! Never underestimate the power of sedekah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dan berkongsi pengalaman sama mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 231.4K likes dan 4,443 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Memang murah rezeki orang yang bersedekah ni :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: