seismik

"Common Sense Lah" - Selamba Letak Beg Dekat Seat Kosong, Penumpang LRT Ini Dikecam Ramai

Orang lain pun nak duduk.

Cover image via @yoesmadjanew (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kemudahan pengangkutan awam seharusnya perlu dijaga oleh semua orang

Iyalah, bukan kita saja yang mahu guna tapi ramai lagi. Malah, kita juga harus lebih menghormati atau memberikan kepada mereka yang lebih memerlukan untuk duduk.

Namun, tular sebuah video di TikTok ini apabila seorang individu meluahkan rasa kecewanya terhadap penumpang dalam LRT telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@yoesmadjanew 2023 wujud lagi ye kat malaysia manusia mcm ni#fyp Santai - Faizal Tahir

Letak barang atas kerusi sampai orang lain tak boleh duduk

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu merakam perangai seorang penumpang di dalam LRT.

Dapat dilihat dia menunjukkan seorang penumpang yang tanpa rasa bersalah meletakkan beg membeli belah di sebelah kerusinya sedangkan ketika itu LRT penuh dengan penumpang.

Malah, ada beberapa orang penumpang membawa beg pakaian besar dan hanya berdiri. 

"Geram je tengok. Dengan silang kakinya" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam tindakan penumpan tersebut dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 49.3K likes dan 4,723 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduhai, kesian lah sikit orang lain pun nak duduk tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: