Kerap Pakai Sport Bra Terlalu Lama, Wanita Ini Jelaskan Apa Kesan Yang Akan Berlaku
Tak elok sangat girls.
Seperti yang kita semua tahu, kaum wanita ini banyak pantang larangnya
Tambahan lagi, ada sesetengah perkara yang memang perlu dielakkan sebagai perempuan. Tidak kira tua mahupun muda.
Antara yang sering kaum perempuan suka pakai waktu bersukan adalah sport bra kerana ia bukan seperti pakaian dalam yang biasa. Namun, tahukah anda sebenarnya tidak berapa elok jika memakai sport bra ini?
Seperti dijelaskan dalam video di TikTok ini, apabila seorang wanita menjelaskan kesan memakai sport bra dalam tempoh yang panjang.
Lihat video itu di bawah:
Tak elok untuk buah dada jika kerap pakai
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu menjelaskan apa kesan jika perempuan memilih untuk kerap pakai sport bra ini atau senang cerita hari-hari pakai.
Antara kesan yang dijelaskannya adalah sport bra bukan bra harian yang sesuai dipakai dan hanya sesuai untuk bersukan saja. Malah, ia juga bukan jenis pakaian dalam yang boleh adjustable.
Selain itu, ia akan buat buah dada menjadi leper. Buah dada anda juga tidak akan mempunyai cleavage (lurah) dan mungkin boleh berlaku perubahan kritikal pada dada anda.
"Ooo begitu, tak pakai selalu dah lepas ni" - Warganet
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan ramai yang baru tahu kesannya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.1M views, 130.1K likes dan 890 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!