seismik

Anda Perlu 'Topup' Touch n Go Dengan Kadar Minimum RM30 Di SKVE Mulai 1 Mac 2017

Pihak berkuasa berpendapat bahawa ini akan mengurangkan kesesakan jalanraya.

Cover image via De Envision

"Pengguna jalanraya kini harus menambah nilai Touch n Go sebanyak RM30 untuk menggunakan laluan SKVE."

Perkara ini disahkan oleh Pengurus Besar Operasi dan Penyelenggaraan SKVE, Zainal Alam Kamaruzzaman. Beliau menjelaskan bahawa perkara ini dikuatkuasakan untuk mendidik orang ramai untuk menyediakan wang yang secukupnya ketika melalui plaza tol.

“Malah kesesakan di lorong berkenaan dapat dielakkan kerana pengguna tidak perlu beratur panjang untuk tambah nilai setiap hari,” katanya lagi.

Tambah nilai atau top-up minimum yang dikenakan untuk kad Touch ‘n Go di lorong tambah nilai untuk tol Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) ialah sebanyak RM30. Menurut laporan Mohd Hanafis Abdul Haris dari Harian Metro, tarikh kuat kuasa jumlah minimum tersebut ialah pada 1 Mac ini.

Nilai minimum RM30 itu hanya akan dilakukan pada lorong tol SKVE sementara untuk mereka yang hanya mahu menambah nilai sebanyak RM10, mereka masih boleh berbuat begitu di kaunter jualan Touch ‘n Go.

Image via Skyscraper City

Bukan saja SKVE, malah plaza tol lain juga akan dikenakan kadar minimum tambah nilai sebanyak RM30 ini

Menurut Zainal lagi, tambahan minimum sebanyak RM30 bukan sahaja dilaksanakan di SKVE tetapi juga di plaza tol ebuh raya yang lain dalam masa terdekat.

"Bagaimanapun, pengumuman akan dibuat oleh pihak pengurusan daripada Persatuan Highway Concessionaires Malaysia (PSKLM)," tambahnya lagi.

Image via Bin Muhammad

Walau bagaimanapun, ramai dari pengguna jalan raya yang tidak bersetuju akan langkah tersebut

Terdahulu, poster berhubung kadar berkenaan ini telah tersebar di Facebook hingga mengundang pelbagai reaksi oleh masyarakat. Kebanyakan pengguna merasakan kadar tambah nilai minima sebanyak RM30 ini agak tinggi dan tidak bersesuaian dengan situasi ekonomi sekarang. Mereka berpendapat bahawa ianya akan menambahkan lagi beban kos sara hidup kepada rakyat.

Ada juga yang berpendapat bahawa bukan semua pengguna jalan raya mempunyai wang tunai sebanyak RM30 bersama mereka ketika menggunakan plaza tol. Inisiatif ini perlu diambil hanya selepas mereka menerima maklum balas daripada orang ramai.

Jadi ingat, lepas ni kalau nak topup Touch n Go, make sure ada RM30 dalam poket ya. ;)

Image via says.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Klik di bawah untuk info terkini tentang KADS1M dan Bantuan Petrol Percuma!

You may be interested in: