seismik

Bapa Jumpa Video Seks Dalam Phone, Anak Gadis 14 Tahun Kantoi Dirogol Teman Lelaki

Suspek baru berusia 17 tahun.

Cover image via YouTube

Alangkah terkejutnya si bapa apabila mendapat tahu anak gadisnya telah dirogol

Image via kosmo.com.my

Seorang bapa terkejut apabila menemui rakaman video seks di dalam telefon bimbit anak gadisnya yang berusia 14 tahun.

Penemuan video itu telah membongkar kes rogol terhadap gadis terbabit oleh teman lelakinya yang berusia 17 tahun.

Bapa mangsa memeriksa telefon bimbit anak perempuannya itu di rumah mereka di Papar, Sabah kira-kira jam 6pm kelmarin

Image via cloudfront.net

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supritendan Mohd Haris Ibrahim, mangsa memilih untuk mendiamkan diri selepas bapanya bertanya mengenai video tersebut.

Disebabkan itu, bapa mangsa mengambil keputusan untuk terus menghubungi suspek iaitu teman lelaki anaknya itu.

Suspek kemudian mengakui telah melakukan perbuatan merogol mangsa

Suspek turut mengesahkan bahawa dua individu dalam video berkenaan adalah dia dan mangsa yang dirakam di kawasan letak kenderaan sekitar 19 Jun lalu di Taman Malakun, Penampang.

Bapa mangsa segera membuat laporan polis pada jam 12.25 tengah malam tadi.

"Susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," kata Haris.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kes rogol:

More stories to read: