seismik

Perkongsian Seorang Wanita Yang Dipaksa Kahwin Dengan Abang Ipar Kerana Telah Dirogol

Kejadian itu masih menghantui dirinya walaupun sudah berumur 46 tahun.

Cover image via Kosmo

Abang Ipar merupakan lelaki yang telah berkahwin dengan salah seorang daripada ahli keluarga seperti kakak kandung dan harus dihormati seperti seorang abang sendiri

Namun, apa pula yang perlu anda lakukan jika mempunyai abang ipar yang berkelakuan tidak sopan dibelakang ahli keluarga anda dan telah cuba untuk memperkosa anda sebagai seorang adik ipar?

Terbaru, perkongsian seorang wanita yang dikatakan telah menjadi mangsa rogol oleh abang iparnya sendiri telah viral di media sosial Instagram.

Beliau yang tidak memberitahu namanya telah berkongsi pengalaman hitam ini kepada seorang ahli perniagaan yang merupakan pengasas Padang On Wheels iaitu Farrah Adeeba melalui laman Instagram miliknya.

Ini salah satu kisah #stopperogoldalamrumah#stoprapistinthehouse yang paling tragis. Kisahnya lebih panjang tapi saya kongsikan ringkasannya.

Apa yg saya pelajari ialah, ibu ibu harus akrab dan sentiasa percaya kepada anak sekiranya mereka meluahkan yg mereka dianiaya, didera atau dirogol.

Wanita ini lalui apa yg dia lalui kerana tidak dipercayai. Hampir kesemua kisah yg DM farrah mengatakan mereka berdiam diri kerana takut tidak dipercayai. Anak anak harus tahu yg kita sebagai ibu akan percaya dan mempertakankan hak mereka.

Akhir sekali saya yakin dgn maklumat kita mampu memberdayakan anak anak kita utk berani. Ini antara usaha kempen ini

Kpd sesiapa yg setuju dgn cadangan kahwinkan mangsa dgn perogol, sila hadamkan kisah ini.

Baca perkongsian penuh wanita ini di bawah:

Beliau dikatakan telah dirogol ketika berumur 15 tahun, tingkatan tiga

"Semua orang termasuk family fikir I yang goda abang ipar I sendiri. Mereka fikir I yang jahat."

Walaupun sudah mempunyai anak bersama abang iparnya, beliau masih rasa sakit hati terhadap perbuatannya

Minta tolong supaya menasihati ibu-ibu diluar sana untuk menjalinkan hubungan yang lebih rapat dengan anak perempuan supaya mereka tidak takut untuk berkongsi perkara seperti ini

Namun, setelah apa yang terjadi beliau masih bersama dengan suaminya itu dan menyatakan kebencian yang teramat atas perkara yang dilakukan

Beliau cuba untuk memberitahu perkara ini kepada anak-anaknya, namun mereka menolak untuk mendengar cerita buruk tentang ayah mereka

"Saya mengadu kepada Tuhan agar dapat menuntut hak saya di akhirat kelak.."

Semoga wanita ini terus tabah menghadapi segala ujian diberikan dan mampu untuk membesarkan anak-anaknya dengan baik

Kepada anda semua yang ingin berkongsi kisah anda atau mempunyai sebarang cadangan, boleh tinggalkan di ruangan komen.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca perkongsian lain yang menarik hanya di SEISMIK:

You may be interested in: