Siapa Sebenarnya Lelaki Yang Beli Vape RM17K Dan Jual Helmet Sampai RM47K Ini?
Bak kata pepatah, "Tak kenal maka tak cinta."
Sejak beberapa hari lepas, kecoh satu isu dimana seorang lelaki dikatakan membeli vape pada harga yang melampau iaitu RM17,000. Bila fikir balik, memang agak tak masuk akal sebab mahal gila!
Vape limited edition itu dibeli dalam satu lelongan yang diadakan di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 6 September 2015. Lokasi bagaimanapun tidak dapat dipastikan.
Kalau tak silap, bidaan vape tersebut bermula pada harga RM1,800, dan kemudian melonjak naik sehingga RM17,000. Wow!
Selepas menjadi viral, Facebook Amran Fans mengutuk perbuatan tersebut serta mengesyaki bahawa lelaki terbabit mesti ada cable dan merupakan crony kepada pembida lelongan itu, dan semuanya dilakukan semata-mata nak pikat awek
Namun begitu, dakwaan Amran Fans segera dinafikan oleh @unicornasiavapegarage di Instagram. Mereka semua tidak pernah kenal antara satu sama lain pun sebelum ini.
Bila isu dah semakin hangat dan semakin mendapat liputan, muncul jugalah lambakan komen yang turut sama mencemuh keputusan lelaki tersebut membeli vape sehingga RM17,000
Lepas isu beli vape RM17k dah reda sikit, tiba-tiba ada pula lagi satu isu beli barang dengan harga mahal. Kali ini, beli helmet pula dengan harga RM47,000. Lagi dahsyat!
Tapi ada orang perasan, individu yang terlibat dalam kedua-dua pembelian/jualan ini adalah orang yang sama. Betul ke?
Rupa-rupanya memang betul pun. Lelaki itu yang dikenali dengan nama Pakcik Kau di FB kali ini berjaya menjual sebuah helmet 'J-Force II Jack Red' kepada seorang pelanggan dengan harga RM47,000.
Betul ke harga helmet tu mahal sampai lebih RM40k?
Kami buat sedikit research dan menemui senarai harga topi keledar tahun 2014 yang kami sendiri tak sangka.
Tapi nak buat macam mana, mesti akan ada orang kutuk. Ada yang kata duit tu lebih baik kalau buat derma anak yatim, buat pergi Umrah atau Haji, belanja mak ayah, buat beli rumah, dan macam-macam lagi.
Dalam pada ramai yang mengutuk, sebenarnya lebih ramai yang backup. Bila fikir-fikir balik ada betul juga, kenapa tak ada orang bising bila orang beli beg tangan atau jam sampai harga puluh ribu? Tapi bila beli helmet ramai pula yang melenting.
Mungkin juga lelaki itu atau Pakcik Kau sengaja jadikan dirinya viral dan popular. Sebab bila dah famous, orang akan nak ambil tahu siapa dia. Dengan cara ni, lagi senang dia nak meniaga dan lariskan produk jualannya.
Jadi, adakah "strategi" itu membuahkan hasil?
Yup! Perniagaan Pakcik Kau semakin maju selepas namanya menjadi bualan orang ramai. Memang menjadi!
Ada juga yang cakap, Pakcik Kau ni sebenarnya bukan calang-calang orang. Dia ada satu kereta Audi, satu moto Ducati Panigale, dan merupakan seorang family man.
Betul ke?
Memang betul. Dia mendirikan rumah tangga pada Mei 2014 dan telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki. Dia juga memiliki sebuah kereta Audi dan satu moto Ducati Panigale.
Apa yang kami tahu, Pakcik Kau sekarang meniaga jual helmet dan juga perisa vape. Mungkin dia ada perniagaan lain yang kita tak tahu.
Senang cerita, kalau dia mampu generate RM30k dalam masa dua hari, tak mustahil kalau dia mampu jana lebih lagi setelah bertahun-tahun meniaga.
Apa-apa pun, baik buruk amalan seseorang tu usahlah dipertikai. Kita sendiri tak kenal siapa dia, macam mana amalan dia, macam mana hubungan dia dengan Tuhan, siapa dia bersama keluarga dia, dan lain-lain. Jadi lebih elok kalau kita senyap dan tak payah komen.
Akhir kata, semoga terus sukses Pakcik Kau atau nama sebenar, Hazwan ;) #kipidap