seismik

Fenomena Panah Petir, Bunyi Guruh Kuat, Dan Awan Luar Biasa Buat Ramai Netizen Ketakutan

Segelintir netizen turut merasai gegaran seperti berlaku gempa bumi.

Cover image via Facebook Joe Taufiq | Na Niey

Semalam, 31 Julai 2018, ramai netizen dikejutkan dengan bunyi guruh yang amat menakutkan dan tak berhenti selama 20 minit

Fenomena bunyi guruh ini dikatakan berlaku sepanjang kawasan Cyberjaya sehingga ke Puchong di antara jam 7 - 7.30 malam sebelum disambung dengan panahan petir.

Netizen menyifatkan bunyi guruh itu berlangsung terlalu lama seolah-olah ada sebuah keretapi berat melalui kawasan perumahan mereka.

Malah, terdapat juga segelintir yang mendakwa berlaku sedikit gegaran di merata tempat di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur selepas petir sabung-menyabung tanpa henti. Penduduk di Kuala Pilah, Negeri Sembilan juga melaporkan perkara sama.

Gegaran ini turut mengakibatkan lambakan kereta mengeluarkan bunyi alarm secara tiba-tiba.

Sejak daripada itu, gambar di bawah yang dimuat naik oleh Joe Taufiq di Facebook mula viral dan mendapat perhatian ramai

Gambar ini menunjukkan panahan kilat menyambar Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur yang dipercayai berlaku sekitar jam 9 malam tadi.

Sebenarnya, fenomena ini bukanlah sesuatu yang baru. Menerusi info dari Better Nation, Kuala Lumpur menerima panahan kilat sebanyak 200 hari dalam setahun, sekali gus meletakkannya sebagai ibu kota kilat di dunia.

Kerana itu juga Menara Berkembar Petronas turut dikenali sebagai konduktur kilat yang paling baik.

Huhuhu tak sangka gambo tadi viral ... Teman tengah edit video kilat ni sedor2 dah tular... Terdetik nak bikin video sampai mati gopro kerana dentuman ... Tapi... Tapi.... Paseipe banyak friend request dan followers... Teman takde ape2 ... Thanks guys for sharing... Rezeki berada di tempat dan masanya...

Posted by Joe Taufiq on Tuesday, July 31, 2018

Negeri di Pantai Timur juga tidak terlepas daripada menyaksikan fenomena ajaib.

Petang semalam, seorang netizen merakam beberapa gambar awan luar biasa yang menyelubungi kawasan Pantai Geting di Tumpat, Kelantan.

Netizen tersebut, Na Niey mendakwa cuaca di Pantai Geting amat gelap gelita pada sebelah petang. Walau bagaimanapun, tiada bunyi guruh mahupun petir dilaporkan.

Selain Tumpat, kawasan lain seperti Pasir Mas dan Kota Bharu turut alami kejadian awan gelap luar biasa ini.

Posted by Sophy Sufian Sulaiman on Tuesday, July 31, 2018

Sejak beberapa hari lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim telah mengeluarkan amaran ribut petir dari masa ke semasa

Ramalan dari MET Malaysia semalam menyatakan bahawa akan berlaku ribut petir di beberapa kawasan di Semenanjung seperti Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.

Namun, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan sehingga artikel ini diterbitkan.

Adakah anda juga mengalami fenomena yang sama semalam? Kongsikan kepada kami di ruangan komen!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Di Malaysia ada ribut petir, di Lombok pula ada gempa bumi yang dahsyat! BACA DI BAWAH:

You may be interested in: