Hati Gadis Ini Bagai Dirobek Saat Ternampak Leher Seekor Kucing Dililit Kabel TV
Kejadian kejam ini berlaku di Jalan Tekukur, Taman Hajjah Kalsom, Kuala Terengganu.
Cover image via SAYS"Sesiapa yang buat Abang macam itu memang sampai hati. Berdebar saya tengok keadaan luka dia macam itu"
Image via Metro TV
Kucing malang ini telah dijumpai oleh seorang gadis yang bernama Nur Nadia di kawasan rumahnya Isnin lepas apabila adiknya ternampak sesuatu seperti tali diikat di leher kucing tersebut. Menurutnya, kucing berwarna jingga itu sering dilihat berkeliaran di kawasan taman perumahannya di Kuala Terengganu.
"Saya bawa Abang ke klinik dan doktor kata luka berkenaan tidak perlu dijahit tetapi perlu dicuci kuman," sambungnya lagi
Apalah salah kucing ini sehingga manusia sanggup menderanya sebegini rupa. Sampai tersiat kulitnya, sudah nampak isi dagingnya sekali. Mujurlah Nur Nadia telah pun membawa Abang berjumpa doktor untuk merawatnya. Nur Nadia juga merancang untuk memelihara Abang memandangkan dia dan keluarga merupakan pencinta kucing sejak dahulu lagi.
