seismik

Miliki Nama Cantik & Unik, Graduan UiTM Ini Jadi Perhatian Ramai Warganet

Boleh mendatangkan salah faham ni.

Cover image via @queenwrkrnn (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.



Nama yang unik sering mendapat perhatian orang ramai

Sering kita melihat ibu bapa pada hari ini menamakan anak mereka dengan nama-nama yang unik dan sering mendapat perhatian ramai.

Itulah yang dapat kita lihat dalam sebuah hantaran yang telah tular di Twitter memaparkan seorang graduan UiTM sedang mengambil skrol ijazahnya.

Lihat hantaran tersebut di bawah:

Bukan sahaja mempunyai nama yang unik malah prestasi gadis ini turut cemerlang dalam pelajaran

Menerusi hantaran yang dikongsikan itu, terdapat sebuah komen berkongsikan laman Instagram graduan tersebut.

Pada laman Instagramnya, terdapat video asal yang menunjukkan video penuh daripada potongan klip pada hantaran Twitter berkenaan.

Video tersebut memaparkan graduan itu telah mendapat Anugerah Naib Canselor Kelas Pertama dan Anugerah Graduan Terbaik.

Lihat video penuh berkenaan di bawah:

"Mak ai nama panjang betul. Mesti panggil queen. Wow" - Netizen

Susulan tularnya hantaran tersebut di Twitter, video itu telah meraih lebih 500K views, 4K likes dan 1K reposts.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter memberikan pelbagai reaksi dengan video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Style juga nama dia ada vibe klasik macam tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

You may be interested in: