Pengurus Dobi, Chef & Lain-Lain. Wira 'Underdog' Misi Menyelamat Mangsa Gua Tham Luang

Mulia sungguh hati mereka ini.

  • Pada masa ini, satu dunia gembira mendengar khabar baik misi menyelamatkan budak lelaki 12 pemain bola sepak dan jurulatih di Thailand yang terlerai semalam, 10 Julai

    • Misi mencari dan menyelamat yang berlangsung selama tiga hari secara berperingkat bermula 8 Julai itu melibatkan lebih 100 individu dari seluruh dunia bagi memastikan 12 kanak-kanak dan jurulatih dapat dikeluarkan dari gua tersebut dengan selamat.

      Wira-wira penyelamat yang terdiri daripada 13 penyelam antarabangsa, lima penyelam Thailand dan lima penyelam SEAL serta pakar gua dari dalam dan luar negara Thailand.

  • Walau bagaimanapun, di sebalik wira-wira itu, terdapat juga beberapa individu Thailand yang turut melakukan apa yang mereka mampu untuk menyumbang kepada keseluruhan operasi menyelamat tersebut secara tidak langsung

  • 1. Rawinmart Luelert membasuh pakaian seragam pasukan penyelamat

    • Rawinmart Luelert secara sukarela telah mengutip pakaian seragam pasukan penyelamat dan membawanya kembali ke dobi untuk dibersihkan.

      Rawinmart tersentuh selepas melihat gambar para penyelamat tersebut memakai pakaian kotor mereka selepas empat hari bekerja tanpa henti.

      Dia akan mengumpul pakaian penyelamat-penyelamat pada waktu malam dan menghantarkannya semula keesokan harinya.

    • "Nasib baik, kami mempunyai pekerja, sukarelawan dan rakan yang boleh bekerja sepanjang malam," kata Rawinmart kepada BBC.

      Suwan Kankeaw, yang merupakan salah seorang pembantu Rawinmart telah membantu membersihkan pakaian penyelam Tentera Laut AS yang turut membantu dalam misi penyelamatan tersebut.

      Katanya, "Saya tidak mempunyai keupayaan untuk membantu kanak-kanak tersebut keluar secara langsung, tetapi apa yang saya boleh lakukan ialah mencuci pakaian ini," kata lelaki muda tersebut.

  • 2. Doonnia Kakakhen memasak makanan halal kepada pasukan penyelamat

    • Doonnia Kakakhen memutuskan untuk memasak untuk penyelamat, menyediakan kira-kira 100 hidangan semasa tahap awal penyelamatan.

      Dia kemudiannya telah menggandakan usaha memasak selepas menyedari terdapat kakitangan Muslim di kalangan penyelamat dan memutuskan untuk memasak makanan halal untuk mereka.

      "Kadang-kadang jika saya membuat hidangan khas seperti briyani atau kari, saya membuat lebih banyak supaya setiap orang boleh makan - bukan hanya Muslim!" kata wanita beragama Islam itu dengan bangga.

    • Seorang lagi tukang masak beragama Islam, Sophia Thaianant, berkata dia memasak untuk membantu para penyelamat Muslim dengan menjamu makanan halal kepada mereka.

      Dia menerima sumbangan bukan sahaja dari orang Islam di Mae Sai tetapi di seluruh Thailand, dan mengatakan peristiwa malang itu telah menyatukan rakyat Thailand tanpa mengira agama mereka.

      "Masyarakat Muslim dan Buddha di Chiang Rai dan di tempat lain telah bersatu dan kami berkongsi matlamat yang sama, iaitu melihat misi ini berjaya," jelas Sophia.

  • 3. Sitthisak Sawanrak membawa sesiapa sahaja yang ingin ke lokasi gua secara percuma

    • Sementara itu, Sitthisak Sawanrak dengan sukarelanya akan membawa sesiapa sahaja yang ingin ke kawasan gua menggunakan motosikalnya secara percuma.

      Lelaki itu secara peribadi mengenali salah seorang kanak-kanak yang terperangkap, oleh yang demikian, dia memutuskan untuk membantu dalam apa jua cara untuk melihat kanak-kanak lelaki itu diselamatkan dari gua.

      Menurutnya, "Semua orang dari bandar ini menganggap kanak-kanak itu sebagai ahli keluarga mereka sendiri, jadi kami tidak berfikir dua kali untuk memberikan wang atau masa untuk membantu mereka keluar."

  • Selain itu terdapat juga beberapa khemah yang menyediakan perkhidmatan menggunting rambut dan mengurut kaki dan bahu serta bantuan kesihatan di kawasan sekitar luar gua

    • Peranan Raja Thailand iaitu Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun juga tidak boleh dipandang rendah.

      Baginda telah mengarahkan penghantaran lori berisi makanan setiap pagi dan para sukarelawan akan memasak makanan itu untuk dijadikan hidangan ringan untuk pasukan penyelamat.

      "Kami sangat gembira kerana raja bimbang tentang operasi menyelamat ini," kata seorang sukarelawan, Rattanaporn Tupbumrung.

  • Lihat video para sukarelawan yang sangat menyentuh hati itu di bawah:

  • Semoga nilai-nilai mulia yang ditonjolkan mereka ini dapat kita jadikan teladan dalam hidup

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Most-read stories today

Leave a comment