seismik

Sekarang Anda Boleh Tukar ‘Apps Icon’ Di Smartphone Dengan Gambar Yang Anda Suka!

Menariknya! Jom cuba.

Cover image via SAYS

Kalau kita install aplikasi dalam smartphone mesti aplikasi tersebut akan ada ikonnya yang tersendirikan?

Daripada anda asyik tengok ikon yang sama je setiap masa, anda sebenarnya boleh tukar ikon aplikasi tersebut dengan apa-apa gambar yang anda suka tau. Wow!

Siapa yang minat oppa korea tu bolehlah tukar ikon apps dengan gambar idol pujaan hati anda.

Mana-mana yang kaki selfie tu pula, bolehlah letak gambar selfie yang paling menarik sebagai ikon aplikasi dalam telefon pintar.

Menarik bukan?

Jangan risau. Bukan iOS je yang boleh tukar gambar ikon ni. Android pun boleh. :)

Anda dah ready ke nak tukar gambar ikon aplikasi dalam smartphone tu? Senang je. Kami cuba sekali je terus jadi. Excited pula. :P

Jom baca steps apa yang perlu anda buat untuk tukar gambar ikon tu:

1. Buka Google dan taip "micon.io"

micon.io

Image via Cik Ra

2. Akan keluar "SELECT A PHOTO" di screen

Tekan simbol '+' tu dulu ye, baru pilih photo library.

Image via Cik Ra

Haa apa tunggu lagi. Pilihlah kat mana anda simpan gambar yang berkenan di hati tu. Kalau lighting tengah cun anda nak selfie masa tu juga pun boleh. Tiada masalah. :P

Haa satu album untuk selfie je. Pilih yang paling comel.

Image via Cik Ra

3. Lepas dah pilih gambar, klik "LOOKS GOOD, NEXT >"

Adjust gambar sampai nampak cantik dalam kotak tu.

Image via Cik Ra

4. Langkah seterusnya pada "OPEN MICON WILL", anda pilih "open an app"

Image via Cik Ra

Pilih open an app ya. Kalau pilih lain nanti tak jadi.

5. Kat bahagian "choose an app to open"...

Jangan lupa isi bahagian 'name your micon' ya.

Image via Cik Ra

Anda pilih aplikasi apa yang anda nak tukar. Semua aplikasi yang ada dalam telefon anda akan tersenarai. Pilih satu dan jangan lupa kat bahagian name your micon letaklah nama aplikasi tu tadi ya. Nanti senang nak cari.

6. Selepas itu, anda boleh klik "GREAT, ALMOST DONE >"

Image via Cik Ra

7. Last step ialah "SAVE MICON" ...

Ikut je arahan yang diberi untuk save micon.

Image via Cik Ra

Okay untuk bahagian ini, anda kena ikut arahan yang diberi supaya ikon aplikasi yang dah bertukar akan keluar dekat homepage telefon pintar anda.

Gambar dah lawa tak akan tak nak save kat homepage kan? Hihi.

8. Siap! Boleh pergi ke homepage dan tengok aplikasi tadi.

Comelnya semua 'ikon'. Hihi.

Image via Cik Ra

Dah bertukar kan? Senang sangat nak buat. Boleh ulang steps yang sama untuk aplikasi lain pula!

Mesti nanti ramai yang akan tanya macam mana anda tukar ikon apps tu.

Kalau masih blur tak tahu macam mana nak buat, boleh tengok video tutorial di bawah. :)

Posted by Cik Ra on Sunday, 13 August 2017

Senang je kan nak buat?

Image via popkey.co

Try sekarang! Boleh tag kawan-kawan anda sekali. :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi benda best yang anda boleh buat kat Google:

You may be interested in: