seismik

"Siap Ikut Baca Ikrar" - Pemuda Bangladesh Teruja Sambut Merdeka Ini Curi Tumpuan Netizen

Semangat ini yang kita mahukan!

Cover image via @kawannahim (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kemeriahan Hari Kebangsaan pada tahun ini sememangnya tidak dapat disangkal lagi

Semangat patriotik rakyat Malaysia yang membanjiri Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2022 lalu sudah cukup menunjukkan betapa meriahnya sambutan merdeka tahun ini.

Tidak terkecuali dengan seorang pemuda dari Bangladesh ini yang turut serta memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Semangat ikut kawan pergi Dataran Merdeka sejak awal pagi, siap baca ikrar ramai-ramai

Menerusi perkongsian video daripada @kawannahim, kelihatan pemuda Bangladesh itu bangun seawal subuh untuk mengikut kawannya menyambut Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.

Dia yang memakai jersi Harimau Malaya itu dilihat berjalan kaki bersama ribuan rakyat yang Malaysia lain menuju ke Dataran Merdeka untuk mendapat tempat paling hadapan demi menyaksikan perarakan secara langsung.

Malah, apa yang mencuri tumpuan adalah dia juga begitu bersemangat mengangkat tangan ketika upacara ikrar sedang berlangsung. Riak mukanya jelas teruja melihat pertunjukan dan perbarisan di sana.

Image via @kawannahim
Image via kawannahim

"Mahal pengalaman dia ni. Muka dia nampak betul-betul seronok sambut merdeka kat Malaysia" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang telah mendapat 546.3K views, 58.5K likes dan 585 shares di TikTok, rata-rata netizen turut memuji semangat patriotik pemuda Bangladesh itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @kawannahim
Image via @kawannahim
Image via @kawannahim
Image via @kawannahim
Image via @kawannahim
Image via @kawannahim
Image via @kawannahim
Image via @kawannahim

Seronok tengok semangat dia cintakan negara Malaysia walaupun dia dari negara asing. Respect! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: