seismik

Top 10 ‘Online Games’ Korang Boleh Main Bersama Rakan, Yang Pasti Semua Adalah Percuma!

Tengah PKP ni boleh lah main sama-sama.

Cover image via Abc.net & Silver Games

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh Covid-19 telah memaksa kita semua untuk duduk di rumah dan menjadi kreatif untuk meluangkan masa terutamanya bersama rakan-rakan

Disebabkan kita semua perlu menjaga keselamatan diri dan disarankan untuk tidak meninggalkan rumah, nampaknya cara yang terbaik untuk menghabiskan masa dengan rakan sekarang adalah dengan mengadakan virtual game night!

Bunyinya pun sudah macam menarik, tentu ia akan menjadi lebih meriah jika ramai yang sertainya betul tak? Dapatlah luangkan waktu bersama rakan-rakan yang sudah lama tidak jumpa walaupun secara virtual.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Retreatify

Berikut adalah antara permainan online best korang boleh main bersama rakan:

1. Mario Kart Tour

Image via Mario Kart Tour

Sebelum wujudnya Playstation, terdapat konsol Nintendo yang biasa digunakan oleh kita untuk berlawan dengan adik-beradik. Salah satu permainan yang menjadi kegemaran adalah Mario Kart.

Sekarang, permainan ini sudah terdapat di aplikasi telefon pintar anda. Kini, anda boleh mencabar tujuh pemain lain untuk mengalahkan anda pada perlumbaan ini. Anda juga perlu membuat akaun Nintendo untuk permainan ini.

Muat turun disini untuk Google Play dan App Store.

2. Skribbl.io

Image via Newrpg

Permainan ini memerlukan anda untuk melukis apa-apa gambar sementara rakan-rakan yang lain perlu meneka apakah yang anda sedang lukiskan.

Anda boleh membuat ruangan peribadi khas untuk anda dan rakan-rakan dengan memberikan link kepada mereka. Permainan ini boleh dimainkan sehingga 12 pemain.

Klik disini untuk bermain.

3. Spyfall

Setiap pemain, kecuali seorang yang menjadi 'spy' diberikan lokasi. Para pemain kemudian perlu bergilir-gilir bertanyakan antara satu sama lain untuk menentukan siapa sebenarnya yang bersembunyi, sebelum pengintip tersebut mengetahuinya!

Muat turun disini untuk Google Play dan App Store.

4. Psych!

Image via Play Android

Tujuan permainan ini adalah untuk membuat rakan-rakan anda memilih jawapan palsu untuk soalan-soalan yang diberikan. 

Sekiranya anda meneka jawapan yang tepat, anda akan mendapat markah dan sekiranya anda mengajak rakan untuk meneka jawapan anda juga akan mendapat markah.

Muat turun disini untuk Google Play dan App Store.

5. Plato

Aplikasi permainan ini mempunyai koleksi lebih 30 permainan termasuk UNO, Battleship, Ludo, dan banyak permainan kad popular.

Anda boleh bermain sehingga 100 rakan sambil berbual dengan mereka. Ia sangat sesuai untuk bermain bersama keluarga atau rakan.

Muat turun disini untuk Google Play dan App Store.

6. Among Us

Image via The Verge

Permainan ini pernah menjadi fenomena satu ketika dulu. Setiap kali permainan dimulakan, anda akan dipilih secara rawak untuk bermain sebagai rakan kru yang tidak bersalah (di mana anda perlu menyelesaikan tugas anda dan tetap hidup untuk menang) atau penipu (imposter)  yang boleh membunuh (di mana anda boleh mensabotaj sistem di kapal dan membunuh rakan sebagai misi anda).

Setiap permainan berakhir apabila rakan kru berjaya memilih dan mengusir penipu yang betul, atau jika penipu berjaya membunuh rakan kru.

Muat turun disini untuk Google Play dan App Store.

7. Houseparty

Image via The Verge

Houseparty adalah platform untuk sembang bersama satu kumpulan yang besar, yang menarik anda tidak perlu meninggalkan aplikasi untuk bermain permainan.

Pilih Heads Up yang selalu popular, atau permainan lain seperti Trivia, Chips and Guac, dan Quick Draw. Aplikasi ini boleh memuatkan sehingga lapan orang.

Muat turun disini untuk Google Play dan App Store.

8. Bunch

Image via Dribbble

Ini juga adalah antara permainan yang membolehkan anda untuk bermain dengan ramai orang. Anda boleh bermain Flappy Bird, Mars Dash, dan Charades bersama rakan anda di sini.

Muat turun disini untuk Google Play dan App Store.

9. Secret Hitler

Image via The Ophay

Permainan ini seperti bermain Mafia, tetapi lebih kompleks dan memerlukan banyak penipuan. Tidak lupa, salah seorang daripada anda menjadi Hitler!

Setiap permainan boleh mengambil lima hingga 10 pemain yang akan dibahagikan kepada dua pasukan.

Klik disini untuk bermain.

10. Krunker.io

Image via Sportskeeda

Permainan ini adalah versi paling mudah untuk anda yang baru belajar menembak. Ia sangat mudah untuk mengakses dan memulakan pertandingan peribadi! Anda boleh bermain sehingga 10 orang pemain.

Klik disini untuk bermain.

Alang-alang dah duduk rumah tu, boleh hilangkan bosan korang dengan game-game ni okay! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: