seismik

[VIDEO] Lelaki Malaysia Terkejut Peniaga Di London Pun Kenal Khairul Aming

Famous betul KA ni.

Cover image via @christhechindian (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak kenal dengan pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming bukan?

Di Malaysia, Khairul Aming ini sudah menjadi satu fenomena, ditambah pula dengan produknya yang laku keras dan habis terjual dalam masa beberapa minit saja.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi selepas peniaga di London turut mengenali Khairul Aming yang mencuri perhatian ramai.

Beritahu Khairul Aming pernah datang di kedainya

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan rakan sedang berada di pasar di London. Tujuan mereka adalah untuk membeli makanan.

Namun, semasa membeli makanan, salah seorang peniaga bertanyakan kepada mereka berasal dari negara mana dan menjawab Malaysia.

Tiba-tiba secara spontan seorang lagi peniaga datang dan bertanya adakah mereka mengenali Khairul Aming.

Situasi itu membuatkan mereka terkejut dan memberitahu sudah semesti mengenalinya.

Peniaga itu memberitahu Khairul Aming pernah datang ke kedainya dan membuat video di situ.

"Dia kenal Malaysia sebab Khairul Aming power sia anak Melayu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang memberikan kata-kata positif dan memberikan pelbagai reaksi.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 170.9K likes dan 1,278 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@christhechindian Brooo hebat la guys. Power @Khairulaming dah sampai London Terkejut kami bila Chef tiba tiba tanya “You know Khairulaming?” Of course la we know. Who in Malaysia don’t know ? : Bomba Paella, Borough Market #SuduonTheStreet #StreetInterview #London #Fyp #foryoupage #tiktokmalaysia #malaysiatiktok #khairulaming #fyp #makanhowmuch original sound - Chris MJ

Orang negara luar pun kenal Khairul Aming! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: