seismik

3 Tahun 50 Negara, Fotografer Ini Zahirkan Kecantikan Wanita Di Dunia Melalui Lensa Kamera

Kepelbagaian itu adalah harta dunia.

Cover image via The Atlas of Beauty/Facebook

Pernah atau tidak sesekali anda terfikir untuk berhenti bekerja pada umur 20-an dan mengembara ke seluruh dunia hanya untuk mengambil gambar wanita?

Itulah yang dilakukan oleh Mihaela Noroc, 30 tahun, seorang fotografer yang berasal dari Bucharest, Romania. Beliau telah mengembara ke 50 buah negara sejak 3 tahun lalu selepas berhenti kerja pada tahun 2013.

Bapa beliau adalah seorang pelukis, jadi sejak zaman kanak-kanak lagi beliau telah dikelilingi dengan warna

"Ketika saya berumur 16 tahun, saya dapati fotografi adalah bidang yang perlu saya lakukan. Malangnya, ia tidak dapat menanggung kos hidup saya, jadi saya terpaksa untuk bekerja dalam bidang-bidang lain terlebih dahulu di mana saya boleh mendapat pendapatan yang memuaskan.

Perjalanan sebagai pengembara membuatkan saya menemui kepelbagaian di dalam planet kita. Oleh itu, ketika saya berumur 27 saya membuat keputusan untuk berhenti dari kehidupan biasa saya di Bucharest dan meletakkan semua usaha dan simpanan saya untuk travel dan fotografi," kata Mihaela.

theatlasofbeauty.com

Beliau mengambil keputusan untuk mengembara ke seluruh dunia sambil mengusahakan satu projek khas yang diberi nama The Atlas of Beauty

Sepanjang pengembaraannya, beliau sudah mengambil gambar lebih 100 orang wanita yang berlainan bangsa, budaya dan agama. Dalam masa yang sama, beliau juga mendengar kisah-kisah wanita-wanita tersebut.

Peniaga pasar etnik Uzbek dari Dushanbe, Tajikistan.

Image via The Atlas of Beauty/Facebook

Ibu dan 2 orang anak pelarian Syria di Kem Pelarian Idomeni, Greece.

Image via The Atlas of Beauty/Facebook

Setiap keping gambar dan kisah yang diceritakannya cukup memberi motivasi dan sedikit sebanyak membuka mata kita tentang kehidupan di luar 'dunia' yang kita diami

Mumbai, India.

Image via The Atlas of Beauty/Facebook

Setiap hari wanita Banjara ini mula bekerja pada pukul 5 pagi di salah satu pasar ikan terbesar di Mumbai, India. Beliau mengupik udang untuk pendapatan yang sangat kecil bersama-sama wanita lain.

Ia adalah kehidupan yang sukar tetapi beliau sama sekali tidak mengeluh. Beberapa tahun yang lalu hidupnya lebih sukar. Itulah sebabnya mengapa beliau sanggup datang dari Selatan India untuk mencari pekerjaan seperti ini dan mencari kehidupan yang lebih baik demi anak-anaknya .

Walaupun mengalami banyak masalah, kebanyakan wanita India terus berjalan dengan keberanian dan maruah. Cara mereka menangani cabaran harian mereka, menggabungkan kekuatan dengan rahmat adalah sesuatu yang luar biasa.

Ethiopia.

Image via The Atlas of Beauty/Facebook

Beliau seorang Muslim, tetapi kawan baiknya pemilik teres kecil ini adalah Kristian.

Semasa dalam perjalanan ke Ethiopia Februari lalu, saya mengagumi cara Kristian dan Muslim di sini bergaul. Saya melihat begitu banyak persahabatan yang indah terjalin walaupun mereka berlainan agama.

Semasa mengembara ke seluruh dunia saya menyedari bahawa bukan agama, warna, atau etnik sebab sebenar konflik dan sikap tidak bertoleransi, tetapi sesuatu yang lain.

Yang pasti adalah bahawa sesetengah orang sentiasa mengambil kesempatan daripada konflik ini. Mereka melakukan sesuatu untuk menaikkan kemarahan dalam kalangan kita, hanya untuk memuaskan nafsu dan ego mereka. Ia sentiasa seperti itu, tetapi hari ini saya rasa kita mempunyai lebih banyak peluang untuk membuat perubahan.

Cinta kita akan lebih kuat daripada ketamakan mereka.

Athens, Greece.

Image via The Atlas of Beauty/Facebook

Athina adalah dari Athens, Greece dan beliau merupakan seorang pelari profesional. Ibunya berasal dari Ethiopia dan bapanya berasal Yunani. Beliau sememangnya menyukai bidang larian sejak kecil lagi.

Kami bertemu satu bulan lalu di Athens dan ia adalah detik yang berharga buat saya. Gambar ini diambil di Stadium Panathenaic iaitu tempat yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik moden pertama pada tahun 1896. Saya sangat terpesona dengan semangatnya untuk terus berlari.

Beliau memecahkan rekod kebangsaan 3000m lari berhalangan dan impian beliau yang paling besar adalah untuk mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun ini. Bagaimanapun. kecederaan yang sedang dialami beliau menyebabkan beliau perlu menunggu 4 tahun lagi.

Saya jarang mendengar orang bercerita dengan semangat mengenai cita-cita mereka seperti beliau. Tiada satu pun akan menjadi penghalang yang akan menyebabkan Athina berhenti daripada terus berlari mengejar impian.

Baginya, kepelbagaian adalah satu harta yang bernilai di dalam planet kita. Kecantikan seorang wanita tidak terletak pada warna kulit, usia dan agama tetapi kecantikan itu datang apabila seseorang itu menjadi dirinya sendiri.

The Atlas of Beauty

I photograph women around the planet and I’m amazed every day. Let the world know that diversity is our greatest treasure.

Posted by The Atlas of Beauty on Monday, 20 June 2016

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: