Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
lifestyle

Hasilkan Roti Lasagna Lazat Ini Dengan 9 Bahan Saja. 15 Minit Saja Untuk Disiapkan!

Anda boleh menghasilkan hidangan western popular ini dengan hanya menggunakan roti putih saja! Penyediaan ringkas dan hanya perlu dimasukkan ke dalam microwave selama 3 minit sahaja! :D

Cover image via Seismik Makan

Sedang mengidam hidangan Lasagna tapi malas nak masak? Anda boleh cuba resipi Roti Lasagna ini yang menggunakan roti putih sebagai alternatif kepingan pasta anda.

Hanya 9 bahan saja diperlukan untuk membuat hidangan ini, memang khas untuk anda yang inginkan menu makan malam bajet. Dengan hanya menggunakan microwave, sesiapa pun boleh membuat hidangan ini! Jimat masa dan jimat wang anda dengan membuatkan hidangan lasagna roti sedap dan simple ini!

Ikuti cara di bawah untuk penyediaan Roti Lasagna yang begitu simple:

Bahan-bahan:
- 3 keping roti putih
- 6 sosej daging goreng
- 3 keju keping
- 1/2 cawan puri tomato
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu penuh krim
- 1/2 biji bawang merah (dicincang)
- 1/2 biji lada benggala (dipotong kiub kecil)
- Herba campuran (mixed herbs)
- Garam
- Lada hitam

Cara-cara:
1. Gunakan mug, tekan roti dan buangkan kerak. Ulangi proses yang sama untuk 3 keping roti
2. Pukul telur bersama susu, garam dan lada hitam di dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Salutkan roti dengan adunan telur.
4. Sapukan minyak di dalam mug, kemudian masukkan roti, puri tomato, cheese slice, bawang, lada benggala, herba campuran, garam dan lada hitam.
5. Microwave selama 3 minit atau hingga masak.
6. Roti Lasagna siap untuk dihidangkan dan dinikmati dengan topping daun parsley!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Dapatkan lagi resipi-resipi menarik yang menggunakan roti putih di bawah:

Lebih perkongsian menarik, resipi ringkas dan simple untuk anda semua:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment