9 Hidangan Bajet & Lazat Anda Boleh Hasilkan Menggunakan Lebihan Roti Putih. Ringkas Je!
Pelbagai hidangan enak & ringkas boleh dibuat menggunakan roti putih sebenarnya!
Cover image via MyResipi1. Roti Telur
2. Roti Udang
3. Chocolate French Toast
Untuk anda yang sukakan hidangan manis untuk sarapan pagi, bolehlah cuba resipi ini pula. French toast ini sangat wangi aromanya dengan penggunaan esen vanila dalam adunan, dan anda pasti akan nikmati inti coklatnya yang meleleh. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan coklat Nutella untuk intinya untuk rasa yang lebih berlemak!
4. Peanut butter and banana sandwich
Untuk hidangan yang lebih sihat, sandwic ini sangat bernutrisi dengan penggunaan mentega kacang yang penuh dengan protein dan pisang yang sangat kaya dengan potasium. Untuk membuat hidangan ini sedikit special, bakar sandwic ini di atas kuali panaskan untuk mendapatkan kerak yang rangup.
Dapatkan resipi penuh Peanut butter and banana sandwich di sini.
5. Sardin Gulung
Hidangan ini adalah hidangan kegemaran ramai yang selalunya didapati di gerai tepi jalan, dan terutamanya di kantin sekolah dulu! Hasilkannya di rumah secara ringkas sekali menggunakan resipi ini yang menggunakan 9 bahan yang biasanya boleh didapati di rumah! Jika hendak hidangan sedikit healthy, anda boleh bakarkannya di dalam ketuhar.
6. Roti Gulung Sosej
Jika anda tidak suka sardin, anda boleh buat hidangan roti gulung menggunakan sosej ayam ataupun sosej daging. Untuk membuat hidangan ini lebih special, anda boleh balut sosej dengan kepingan keju sebelum mengulungnya dalam roti. Keju leleh memang sedap!
7. Ais Krim Goreng
8. Puding Roti
9. Roti Puding Laici
Puding Roti Laici ini sangat unik dan pasti dapat memikat selera tetamu anda! Dengan menggunakan buah laici, puding roti ini berasa lebih manis daripada puding roti lain, dan anda pasti akan suka tekstur yang menarik buah laici memberi kepada pencuci mulut ini. Tambahan lagi dengan sos sirap karamel, memang sedap dihidangkan dengan secawan teh panas!
