Berdekah Kami Gelak Baca Reaksi Netizen Terhadap ‘Cheesy Char Kuey Teow’ Di Cyberjaya Ini
Rakyat Malaysia dan keju memang berpisah tiada.
Dari nasi lemak cheese hingga lemang cheese, rakyat Malaysia amat suka menggabungkan makanan lokal bersama keju
Walaupun pelik, memang tidak boleh dinafikan yang sesetengah gabungan makanan seperti Maggi dan serbuk Milo menjadi inovasi rasa yang hebat.
Image via giphy.com
Tetapi kali ini, apa pula inovasi kulinari yang terbaru?
Pada awal bulan Februari ini, rakyat Malaysia telah digemparkan dengan satu lagi hidangan 'kontroversi' berkeju iaitu 'Cheesy Char Kuey Teow' ciptaan restoran Spark Cheese di Cyberjaya
Menu ini telah ditularkan melalui tweet pengguna @ShibliVision dan telah disambut oleh netizen dengan reaksi yang sangat menghiburkan.
Gerai makan ini bukan sahaja menghidangkan 'Cheesy Char Kuey Teow', tetapi juga menghidangkan pelbagai lagi makanan barat yang dibanjiri sos keju seperti chicken chop, meatballs dan juga cheesy wedges.
Image via Twitter @ShibliVision
Sebagaimana makanan-makanan viral lain, netizen tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap Cheesy Char Kuey Teow:
Image via Twitter @manisahhhhh
Image via Twitter @nalisaaa
Lihat tweet-tweet yang menghiburkan di bawah:
Berdekah-dekah gelak melihat reaksi mereka:
Di samping kemarahan dan kekecewaan netizen, menurut tweet @ShibliVision, lebih 100 pinggan juga telah dijual untuk satu malam
Image via Twitter @ShibliVision
Image via Twitter @ShibliVision
Memang tidak boleh dinafikan bahawa lain orang, lain cita rasanya tetapi adakah char kuey teow bersama sos keju sudah melampaui batas?
Image via Twitter @ShibliVision
Kami ingin tahu pendapat anda. Anda berani cuba? Jangan lupa untuk komen di bawah!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Untuk restoran-restoran menarik lain yang anda perlu check out:
Untuk makanan-makanan viral lain yang best, check out tempat-tempat ini:
Ingin cuba memasak makanan viral di rumah? Check out resipi ini:
Leave a comment