seismik

Kini Anda Boleh Cuba Teh Tarik Madu Asli Yang Memang 'Da Bomb' Di KL. Jom Serbu!

Moh le kita cuba! :D

Cover image via Instagram @kelate_kitchen | Instagram @puteritaz

Sudah lama anda curious nak rasa Teh Tarik Madu Asli?

Jangan risau, anda boleh cuba minuman special ini di Kelate Kitchen. Restoran yang terletak di KL ini juga menyajikan pelbagai masakan Kelantan asli.

Image via Kelate Kitchen

Teh Tarik Madu ini dibancuh kaw mengikut resipi asli ternyata menjadi tarikan utama di sini

Selain teh viral ini, anda boleh mencuba bermacam-macam lagi hidangan menarik di sini termasuklah Nasi Kukus, Nasi Kerabu dan Nasi Beratur yang tersangat sedap!

Pilih daripada berbagai-bagai lauk mengikut selera masing-masing di sini, termasuk Ikan Tongkol, Ayam Bakar, Ayam Percik, dan Daging Bakar.

Anda juga boleh menikmati pelbagai jenis manisan-manisan dan kuih-muih tradisional Kelantan!

Bagi yang gemarkan dessert, Kelate Kitchen juga menyediakan manisan-manisan dan kuih-muih yang semuanya enak seperti Akok, Cek Mek Molek, Boko Ubi Kayu, Lepat Ubi, Sira Labu dan banyak lagi.

Tak sabar nak cuba? Dapatkan info mengenai restoran Kelate Kitchen di bawah:

Alamat: Kelate Kitchen, Plaza Prima Setapak, B-G-7 & B-G-8, Jalan Prima Setapak 1, Setapak

Waktu Operasi: 9 pagi - 10 malam (setiap hari)

No. Telefon: +6019 959 1312

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

Nak try buat Teh Tarik Madu ini di rumah? Jom ikut resipi ini!

Banyak lagi tempat makan best untuk dicuba:

You may be interested in: