Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Dapatkan Snek Corn Dog Keju Korea Yang Popular Di KL Ini Hanya Untuk RM7 Je. Memang Best!

Anda pasti akan tertarik hati punyalah dengan corn dog cheese ini!

Cover image via imgur.com

Bila bercakap je pasal cheese, mesti teringat keju mozarela yang sering dihidangkan setiap kali anda order pizza. Memang best lagi-lagi apabila keju boleh ditarik sepanjang mungkin :D

Keju mozarela memang popular kerana rasa kejunya tidak seperti keju cheddar dan tidak mudah untuk rasa muak. Selain pizza, keju mozarela juga sering digunakan dalam masakan Korea! Anda pasti sudah mencuba ayam goreng keju dan dakgalbi keju.

Kini, terdapat makanan jalanan Korea berkeju terbaru yang anda wajib cuba!

Image via giphy.com

Chun iaitu sebuah kiosk makanan jalanan Korea yang kini bertapak di Pavilion, Kuala Lumpur dan Paradigm Mall, Petaling Jaya dengan corn dog keju Korea!

Lihat gambar-gambar di bawah:

The OG

Image via @chunmalaysia (Instagram)

Popo Fluff

Image via @chunmalaysia (Instagram)

Curly Crunch

Image via @chunmalaysia (Instagram)

Harga untuk secucuk corn dog sangat berpatutan bermula dari RM7.50 untuk The OG iaitu sosej yang disalut adunan tepung yang digoreng sehingga rangup dan perang keemasan. Anda hanya perlu menambah RM1.50 untuk keju cheddar atau mozarela! 

Ingin menambah tekstur? Anda boleh memilih Popo Fluff yang disalut kentang goreng ataupun Curly Crunch yang disalut keropok yang gurih dengan hanya menambah RM1.50. Harganya memang sangat berpatutan untuk makanan jalanan.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih sos seperti sos tomato, cili, mayonis, sriracha dan BBQ. 

Memang syok betul bila tengok keju ditarik panjang. Wow!

Jom pergi cuba! Dapatkan info Chun di bawah:

Image via @chunmalaysia (Instagram)

Image via @chunmalaysia (Instagram)

Image via @chunmalaysia (Instagram

Cawangan Paradigm Mall

Alamat
: Lot CC-29, Paradigm Mall, 1, Jalan SS7/26A, 47301 Petaling Jaya. 

Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 10.00 malam (setiap hari)

Cawangan Pavilion Kuala Lumpur

Alamat: Lot P1.11.04, Level 1,168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam (setiap hari) 

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Peminat makanan Korea wajib check out restoran KBBQ ini:

Untuk banyak lagi makanan yang anda wajib cuba untuk tahun 2019, klik di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment