7 Restoran BBQ Korea Halal & Asli Di Lembah Klang. Jom Serbu!
Jom cuba BBQ Korea yang halal dan lazat di restoran di sekitar Lembah Klang ini. Pasti puas hati!
Pernah terliur melihat oppa dalam drama Korea kegemaran anda menikmati barbeku dengan penuh selera?
Memang mencabar iman betul kerana barbeku Korea kebiasaannya menggunakan bahan-bahan yang tidak halal.
1. GoGung @ Empire Subang
GoGung Korean Restaurant memang tidak pernah menghampakan. Restoran ini menawarkan daging premium yang halal dan berkualiti tinggi seperti daging wagyu Australia dan daging batang pinang.
GoGung juga menyediakan daging yang sudah siap diperap dan juga yang belum diperap mengikut cita rasa anda. Tak minat daging? Set makanan laut dan ala carte seperti bibimbap dan pajeon pun sangat menyelerakan.
Alamat: GoGung Korean Restaurant, LG36, Empire Shopping Gallery, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya.
Waktu Operasi: 11.00 pagi - 10.00 malam (setiap hari)
No. Telefon: +03-5612 8885
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Facebook
2. Restoran Bangi Dong @ Rasta TTDI
Restoran Bangi Dong memang terkenal di kalangan peminat barbeku Korea kerana harga dagingnya yang murah. Antara daging yang anda wajib cuba di Restoran Bangi Dong ialah beef prime rib dan beef tongue.
Selain dari barbeku, makanan sampingan seperti seafood pancake dan spicy bean curd soup pun sangat melazatkan. Restoran Bangi Dong juga mempunyai kawasan luas yang sesuai untuk kumpulan yang besar.
Alamat: Restoran Bangi Dong, Lot 3052, Jalan Datuk Sulaiman, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 11.00 pagi - 11.00 malam (setiap hari)
No. Telefon: +03-8928 9440
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Facebook
3. Sweetree @ Ampang
Sweetree Korean Restaurant ini memang terkenal dengan hidangan Korea yang pelbagai. Apabila berada di restoran ini, anda pasti akan menjadi rambang mata. Apa yang pasti ialah anda wajib mencuba daging barbeku di restoran ini.
Restoran ini pasti akan memuaskan selera anda kerana terdapat pelbagai hidangan viral seperti ayam goreng disaluti keju, dak-galbi dan bingsu.
Alamat: Sweetree Korean Restaurant, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor.
Waktu Operasi:
10.30 pagi - 10.30 malam (Rabu hingga Isnin)
Tutup pada setiap hari Selasa.
No. Telefon: +03-4287 4685
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
4. Onsemiro Korean Fine Dining @ The Intermark
Onsemiro Korean Fine Dining menyediakan daging wagyu yang pasti akan membuat anda jatuh cinta jika anda baru pertama kali mencubanya. Dagingnya lembut ibarat mentega.
Apa yang lebih menarik ialah, Onsemiro mengadakan buffet pada setiap hari Sabtu dan Ahad untuk makan tengah hari dan juga makan malam.
Alamat: Onsemiro Korean Fine Dining, Jalan Tun Razak, Kampung Datuk Keramat, 50400 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 11.00 pagi - 10.00 malam (setiap hari)
No. Telefon: +03-2161 2461
Status: Pork-free (Semua bekalan yang digunakan disumberkan dari pengeluar yang Halal, tetapi menu mempunyai minuman beralkohol.)
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
5. Koryo-won @ KLCC
Koryo-Won merupakan salah satu restoran Korea yang popular kerana restoran ini menjual daging wagyu pada harga yang sangat berpatutan.
Bukan itu sahaja, ban chan ataupun hidangan sampingan seperti kimchi juga boleh ditambah tanpa had! Memang memuaskan jika dimakan bersama daging barbeku.
Alamat: Koryo-Won, 418-419, 4th floor, Suria KLCC, 50088 Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 11.00 pagi- 10.00 malam (setiap hari)
No. Telefon: +03-2171 2189
Status: Pork-free (Semua bekalan yang digunakan disumberkan dari pengeluar yang Halal, tetapi menu mempunyai minuman beralkohol.)
6. Yeoju BBQ @ Amerin Mall
Yeoju BBQ menyediakan barbeku Korea pada harga yang sangat murah dan berbaloi. Setiap set BBQ mempunyai daging, ayam, kambing, seafood pancake, tteokbokki dan japchae.
Apabila di Yeoju BBQ, anda juga wajib mencuba cheese oyster yang ditabur keju mozarela dan dipanggang. Memang nikmat!
Alamat: Yeoju BBQ, Ground Floor Amerin Mall, No G, 13, Persiaran Impian Indah, Taman Impian Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Waktu Operasi: 11.00 pagi - 10.00 malam (setiap hari)
No. Telefon: +03-8328 0500
Status: Pork-free (Dalam proses untuk mendapatkan sijil Halal.)
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
7. SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens
SeoulNami Korean BBQ merupakan antara restoran Korea yang terbaru yang menawarkan hidangan barbeku. Walaupun baru, restoran mempunyai banyak peminat kerana harganya yang begitu berbaloi sekali.
Di SeoulNami, anda boleh memilih set daging premium yang diperap. Manakala ala carte pula disediakan pada harga yang berpatutan dengan saiz hidangan yang besar.
Alamat: F-215 The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 11.00 pagi - 10.30 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +603-2202 3336
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook