makan

[Gambar] 7 'Port' Kambing Bakar Terbaik Anda Wajib Kunjungi Di Lembah Klang

Tak payah tunggu open house atau majlis aqiqah untuk enjoy kambing bakar best lagi! ;D

Cover image via House of Kambing

1. Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar @ Setia Alam

Image via vitdaily
Image via OhBulan

Terletak di Setia Alam, Restoran Cik Tri Sahara sangat terkenal dengan hidangan daging bakar mereka. Anda wajib cuba signature dish rmereka, iaitu Kambing Bakar Sahara yang dihidangkan dengan nasi putih, kicap cili yang cukup pedas dan sup kosong yang sangat lazat. Terdapat juga pelbagai hidangan di sini termasuklah sup gearbox kambing, ayam penyet, burung puyuh penyet dan macam-macam lagi!

Alamat: Restoran Cik Tri Sahara, Persiaran Setia Utama, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 10 pagi - 11 malam (tutup setiap Khamis)

No. Telefon: +6019-299 6725

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

2. D'Boss Kambing Bakar Berapi @ Taman Meru

Mendirikan geraimereka bersebelahan Restoran Niarasa, ramai pelanggan mengunjung ke sini untuk memuaskan keinginan kambing bakar mereka.

Kambing Bakar di sini diperap dengan adunan Bumbu dan rempah-ratus yang membuatkan rasa kambing bakar mereka cukup flavourful. Anda pasti akan impress dengan kambing bakar yang sangat juicy dan menyelerakan.

Alamat: D'BOSS Kambing Bakar Berapi, lot 2120, Jalan Meru, Taman Meru, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: 8 pagi - 12 tengah malam (tutup setiap Isnin)

No. Telefon: +6019-326 4500

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

3. Nasi Kukus Sotong Besar @ Shah Alam

Image via Lensa Pijut

Bagi peminat Nasi Kerabu dan daging bakar, bolehlah berkunjung sini untuk merasa hidangan specialty mereka iaitu Nasi Kerabu Daging Bakar! Hidangan ini complete dengan budu, sambal belacan dan kambing bakar black pepper yang lembut dan juicy. Selain itu, anda juga boleh mencuba hidangan-hidangan lain seperti nasi kukus sotong besar, char kuey teow, bihun celup dan banyak lagi.

Alamat: Nasi Kukus Sotong Besar, no.1, Jalan Kemuning Prima G33/G, Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 12 tengah hari - 11 malam

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

4. Restoran Seri Keningau @ Shah Alam

Image via TripAdvisor

Untuk yang sukakan masakan Indonesia dan juga masakan Thai, bolehlah kunjungi ke restoran ini! Jika anda kunjungi ke sini, semestinya anda wajib mencuba Nasi Kambing Bakar London mereka. Dihidangkan dengan nasi serai mewangi, sambal kicap air asam dan juga salad segar, hidangan ini memang cukup padu!

Selain itu, anda juga wajib cuba nasi kapal karam mereka, yang merupakan nasi kerabu biru yang ditaburi banyak dengan pelbagai seafood segar seperti udang, ikan, ketam, lala dan lain-lain.

Alamat: Restoran Seri Keningau, no 28-A, Selangor, Jalan Pinang D 18/D, Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 8.00pagi- 10.30malam

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

5. AA Super Grill @ Shah Alam

Image via nina mirza

Kalau anda on a budget, tapi sedang mengidam kambing bakar, anda haruslah kunjungi ke restoran ini! AA Super Grill merupakan salah satu port Kambing Bakar yang paling popular dalam list ini yang sangat murah.

Mereka menghidangkan Daging Bakar mereka dengan roti, dan dilimpahi dengan sos merecik homemade black pepper. Selain itu, jangan lupa cuba hidangan lain mereka juga seperti buttermilk olio, burger grill dan macam-macam lagi!

Alamat: Restoran Ideaa Station, Jalan Bazar U8/100, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 6 petang - 11 malam

No. Telefon:+6019-634 0294

Dapatkan maklumat lanjut di:Facebook

6. House of Kambing @ Kajang

Terletak di MAEPS Serdang, anda boleh enjoy keenakan kambing bakar di sini sambil menikmati pemandangan ladang sekeliling yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan ternakan. Selain itu, anda juga boleh bermain dengan pelbagai haiwan ternakan mereka di sana termasuklah kambing, unta dan juga rusa!

Apa yang special tentang daging bakar di sini adalah, mereka hanya menggunakan kambing muda yang tidak melepasi umur setahun. Ini supaya daging yang digunakan berasa lebih enak dan tidak berbau hamis. Wajib cuba!

Alamat: House of Kambing, Jalan MAEPS 4/1, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi:
11 pagi - 9 malam (Isnin - Khamis) 
11 pagi - 6 petang (Sabtu & Ahad)
(tutup setiap Jumaat)

No. Telefon: +6014-977 3531

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

7. Kambing Bakar Kontena @ Kampung Baru

Image via fezalmohd

Terletak di Kampung Baru, anda confirm akan puas makan daging bakar di sini yang dihidangkan dengan crinkle fries atau cheesy wedges, salad segar dan sos kicap special mereka. Cheesy wedges mereka kat sini memang sedap dengan sos keju mereka yang pekat dan lazat!

Alamat: Kambing Bakar Kontena,Lot 275, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 6 petang - 1 pagi
(tutup setiap Selasa)

No. Telefon:+6010-777 0850

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

Jom cuba tempat-tempat best ni juga!

You may be interested in: