Anda Gemar Butter Chicken? Kedai 'Pop-Up' Ini Jual Durian Butter Chicken. Sedap Gila Beb!

Rasa seakan-akan macam tempoyak tapi lagi best!

Makanan tempatan yang ditabur keju seperti cendol dan nasi lemak sudahpun membosankan. Apa kata kita memartabatkan pula bahan-bahan tempatan seperti durian dan belacan dalam masakan kita? Barulah unik!

Image via giphy.com

Begitulah bermulanya inspirasi bagi Umar Abdul Aziz untuk mengusahakan Projek Dapur Umar. Beliau menggunakan bahan-bahan tempatan untuk menghasilkan hidangan fusion yang sesuai dengan cita rasa orang Malaysia.

Lihat gambar di bawah:

Durian Butter Chicken

Image via Projek Dapur Umar / Facebook

Durian Butter Chicken

Image via Projek Dapur Umar / Facebook

Menurut Umar, idea untuk hidangan ini bermula apabila beliau susah untuk mendapatkan butter chicken di sekitar kawasan Kampung Datuk Keramat. 
Namun begitu, kawasan tersebut melimpah ruah dengan buah durian, maka terciptalah 'Durian Butter Chicken'.

Walaupun agak pelik, memang tidak boleh dinafikan bahawa menu ini sangat unik! Penambahan rasa durian yang lemak manis kepada hidangan klasik butter chicken membuatkan hidangan ini menjadi lebih nikmat.

Resepi Durian Butter Chicken ini merupakan hasil eksperimen selama tiga bulan kerana Projek Dapur Umar menekankan tiga prinsip utama iaitu Rasa Baru, Eksperimentasi, dan Alam Sekitar

Umar Abdul Aziz

Image via Projek Dapur Umar / Facebook

Walaupun Projek Dapur Umar masih berada dalam peringkat awal, Umar sentiasa mencari ilham untuk menghasilkan hidangan yang 'ngam' dengan lidah orang Malaysia. 

Oleh itu, setiap resepi akan melalui proses taste testing untuk menjamin kelazatan dan keenakan. Menurut Umar, beliau akan menyediakan lebih banyak lagi hidangan fusion seperti Pickled Mango Spaghetti pada masa akan datang.

Untuk anda yang environmentally-conscious, jangan risau kerana Projek Dapur Umar menggunakan bungkusan makanan yang mesra alam sekitar.

Buat masa ini, Projek Dapur Umar hanya beroperasi mengikut konsep 'pop-up' di Ali Bistro, Setiawangsa pada setiap hari Sabtu dan Ahad

Image via HungryGoWhere

Disebabkan Projek Dapur Umar hanya beroperasi pada setiap hujung minggu pada jam 8 hingga 11 malam, memang tidak mustahil jika Durian Butter Chicken yang dijual juga akan kehabisan stok dalam masa dua jam.

Lebih-lebih lagi harganya yang murah iaitu RM15. Anda juga boleh mendapatkan diskaun sebanyak RM5 jika anda LIKE Facebook mereka. Untuk anda yang ingin mencuba, jemput datang awal. First come, first serve!

Teringin nak cuba? Dapatkan maklumat Projek Dapur Umar di bawah:

Alamat: Ali's Bistro, 24, Jalan Setiawangsa 10, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 8.00 malam - 11.00 malam (Sabtu dan Ahad)

No. Telefon: +6012-928 1985

Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Leave a comment