makan

Waffle Cendol, Donat Cheesecake Dan 7 Lagi Makanan Menarik Anda Harus Cuba Di TTDI

Ini idea makanan best korang boleh cuba sekiranya korang berada di TTDI. Semuanya sedap! :D

Cover image via Instagram @mydottys | Instagram @rajasegar_s.jayaraman

1. Nasi Lemak Risotto @ The Other Half Cafe

Menarik, bukan? Terkenal dengan masakan unik mereka dan kopi yang the best, tempat ini mesti anda kunjungi apabila di TTDI. Antara hidangan boleh anda cuba di sini ialah Nasi Lemak Risotto iaitu kombinasi masakan Melayu dan masakan Itali. Menggunakan risotto sebagai nasi, dilengkapkan dengan kacang yang digaul dengan sambal, ayam goreng rangup, poached egg, sambal dan hirisan timun.

Alamat: The Other Half Cafe, No. 2-1 Greens Terrace, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 
9 pagi - 5.30 petang (Isnin - Rabu)
9 pagi - 10 malam (Khamis - Ahad)

No. Telefon: +603 2771 6221

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

2. Beef Ramen @ MADE by Illy

Sukakan Ramen tetapi tempat yang menghidangkan Ramen yang halal sangat limited? Jangan risau, kafe bertemakan Jepun di Taman Tun ini menghidangkan Beef Ramen dan masakan-masakan Jepun yang cukup menyelerakan. Hidangan Beef Ramen ini dihidangkan dengan sup miso yang flavourful, kemudian, dimasukkan daging, kepingan seaweed, telur rebus dan hirisan sayur segar.

Alamat: Made by Illy, No. 36, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
4 petang - 10.30 malam (Selasa - Ahad)
Tutup setiap Isnin.

No. Telefon: +6014 596 7860

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

3. Lamb Sandwich @ Mukha

Yang ini memang best. Kafe berkonsep Arab ini bukan sahaja cantik, malah mereka juga menyediakan masakan-masakan Arab yang marvelous seperti Hommus, Lamb Shawarma dan pelbagai lagi.

Anda harus cuba Lamb Sandwich di sini. Sandwich ini dibuat menggunakan sourdough bread yang dibakar dan diisikan dengan daging kambing yang lembut, sauteed mushroom, glazed onion, dan sayuran. Ia dihidangkan dengan ubi kentang bakar sebagai side dish. Memang terliur!

Alamat: Mukha, No. 15, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
3 petang - 12 malam (Isnin - Khamis)
3 petang - 12 malam (Jumaat)
11 pagi - 1 pagi (Sabtu & Ahad)

No. Telefon: +603 7732 2248

Status: Halal.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

4. Chicken Popcorn Wafer @ Dotty's

Cakap sahaja Dotty's dan first thing orang akan fikir ialah hidangan Western breakfast. Selain dari menu breakfast mereka yang popular, hidangan Chicken Popcorn Wafer juga wajib anda cuba. Hidangan ini menggunakan kon ais krim yang diisikan dengan chicken popcorn yang flavourful dan crispy, telur mata dan kemudiannya ditabur dengan sos mayonis dan cili.

Alamat: Dotty's, No. 20, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8 pagi - 8 malam (setiap hari)

No. Telefon: +603 7733 4233

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

5. Mutton Bone Marrow Curry @ Aunty Manju's

Yang gilakan tulang rusuk, especially tulang rusuk kambing, hidangan ini memang dibuat khas untuk anda! Restoran masakan India ini sangat terkenal dengan hidangan nasi daun pisang di TTDI. Jadi, anda bolehlah bersesi cheat-day bersama keluarga dan rakan anda dan enjoy Nasi Daun Pisang bersama lauk Mutton Bone Marrow Curry ini. Sangat memuaskan!

Alamat: Aunty Manju's, No. 18, Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 7 pagi - 12 malam (setiap hari)

No. Telefon: +603 7733 5954

Status: Halal.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

6. Pho @ Super Saigon

Mengidam masakan Vietnam tetapi tidak tahu tempat yang best untuk mencuba? Antara restoran yang menyediakan masakan Vietnam yang autentik adalah di Super Saigon. Khas untuk yang sukakan hidangan bersup, hidangan Pho ini mengandungi kuew teow, bebola daging, hirisan daging dan sup yang sangat berperisa. Jangan lupa singgah jika anda berada di TTDI!

Alamat: Super Saigon, No. 28, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
11.30 pagi - 10.30 malam (Isnin - Jumaat)
10 pagi - 10.30 malam (Sabtu & Ahad)

No. Telefon: +603 7732 8874

Status: Halal.

Dapatkan maklumat lebih lanjut di: Instagram

7. Pokebowl @ Paperfish

Image via Paperfish

Yang ingin cuba sesuatu yang healthy dan juga istimewa pula, hidangan poke bowl ini wajib anda cuba. Terkenal dengan hidangan poke bowl mereka yang mempunyai bahan-bahan segar, kedai Paperfish ini harus anda cuba jika anda inginkan hidangan berkhasiat. Yang bestnya, ada boleh memilih base, sayuran, protein dan sos. Jangan risau, banyak pilihan anda boleh pilih mengikut selera masing-masing.

Alamat: Paperfish, No. 26, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam (setiap hari)

No. Telefon: +603 2385 0007

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

8. Waffle Cendol @ Dua By SKöHNS

Image via Dua By SKöHNS

Anda pernah cuba Waffle Cendol? Khas untuk yang sukakan dessert yang memberi sedikit twist, hidangan manisan kombinasi Western dan dessert tradisonal ini memang power. Waffle yang crispy di luar, lembut di dalam ini dilengkapkan dengan ais krim kelapa, sos gula melaka, cendol, jagung manis dan kacang. Memang wow!

Alamat: Dua by SKöHNS, No. 12A, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
12 tengah hari - 3 petang, 6 petang - 10.30 malam (Isnin - Jumaat)
12 tengah hari - 11 malam (Sabtu & Ahad)

No. Telefon: +603 7731 6954

Status: Halal.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

9. Stuffed Doughnuts @ Fluff Bakery

Sedang mengidam donat? Donat di Fluff Bakery bukan donat biasa-biasa. Donat yang diisikan dengan perisa Liquid Cheesecake Brûlée, Biscoff Cream, Chocolate Fudge Sauce dan Nutella ini amat menarik!

Nota: Hidangan donat ini adalah bermusim. Hubungi mereka untuk membuat sebarang tempahan.

Alamat: Fluff Bakery, No. 32G, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 
12.30 tengah hari - 8 malam (Isnin - Jumaat)
11.30 pagi - 8 malam (Sabtu & Ahad)
Tutup setiap Isnin.

No. Telefon: +6016 937 2969

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Dapatkan banyak lagi cadangan tempat makan menarik dan berbaloi di bawah:

You may be interested in: