makan

9 Hidangan Anda Wajib Cuba Jika Di Bangsar

Lobster Beriani, Kari Kepala Ikan, Chicken & Waffles dan banyak lagi! :D

Cover image via Instagram @aku_rasa | SAYS

1. Kari Kepala Ikan @ Anuar Kari Kepala Ikan Bawah Pokok

Jom makan sakan bersama keluarga dan rakan-rakan anda di Anuar Kari Kelapa Ikan. Dengan kuah kari yang pekat dimakan pula dengan nasi putih panas-panas, memang terangkat! Tidak berapa minat dengan Kari Kepala Ikan? Jangan risau, di sini juga ada nasi campur dengan pelbagai pilihan lauk yang lazat!

Alamat: Anuar Kari Kepala Ikan Bawah Pokok, Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden, Bangsar

Waktu Operasi:
8 pagi - 5 petang (Isnin - Sabtu)
Tutup setiap Ahad.

No. Telefon: +6016 677 7703

Status: Halal

2. Beriani Lobster @ Fierce Curry House

Untuk foodie yang sukakan hidangan yang lain daripada lain, restoran masakan India ini memang khas untuk anda. Hidangan yang wajib anda cuba jika di Bangsar ialah Beriani Lobster. Nasi Beriani di sini memang sedap yang tak terkata kerana ia dimasak bersama lobster dan memberi penuh flavour kepada nasi. Aroma Nasi Beriani di sini memang oomph!

Alamat: Fierce Curry House, No. 16, Jalan Kemuja, Bangsar

Waktu Operasi: 12 tengah hari - 10 malam (setiap hari)

No. Telefon: +6019 770 1945

Status: Halal. 

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

3. Wantan Mee @ Restoran Berjaya

Hidangan specialty di restoran ini ialah Wantan Mee yang mengandungi mee, sos kicap yang manis, hirisan ayam, sayur pak choy dan wantan. Untuk yang tidak berminat Wantan Mee, di sini juga menyediakan pelbagai masakan Cina yang autentik dan menyelerakan seperti Nasi Ayam, Nasi Campur dan banyak lagi boleh anda cuba.

Alamat: Restoran Berjaya, No. 44, Jalan Telawi, Bangsar Baru, Bangsar

Waktu Operasi: 7 pagi - 5 petang (setiap hari)

No. Telefon: +6016 292 5578

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

4. Baba Nyonya Laksa @ Baba Low's

Siapa dekat sini gilakan masakan Nyonya? Haa, restoran ini boleh anda kunjungi untuk cuba masakan-masakan yang mampu memuaskan cravings anda. Antaranya adalah Nyonya Laksa. Dengan kuah yang pekat dan mengandungi hirisan ikan, tauhu, fish cake, telur rebus, hirisan timun dan sambal, hidangan ini memang berbaloi! Selain itu, sejukkan badan anda dengan hidangan Cendol mereka yang amat menyegarkan. Memang puas!

Alamat: Baba Low's, No. 11, Lorong Kurau, Bangsar

Waktu Operasi: 11 pagi - 10 malam (setiap hari)

No. Telefon: +603 2284 8486

Status: Pork-free

5. Grilled Lamb Shoulder @ Bakar (The BIG Group)

Gilakan lamb? Restoran ini sangat pakar dalam membuat BBQ dan menghidangkan juadah sedap seperti Steak, Lamb Ribs, dan Grilled Big Prawns With Tom Yam Sauce. Antara hidangan anda wajib cuba di sini adalah Grilled Lamb Shoulder yang dihidangkan dengan roti Arab dan sos yang unik iaitu Curry Yogurt. Enaknya!

Alamat: Bakar, No. 11B Lorong Kurau, Taman Weng Lock, Bangsar

Waktu Operasi:
12 tengah hari - 3 petang, 6 petang - 12 malam (Selasa - Ahad)
Tutup setiap Isnin.

No. Telefon: +603 2280 0073

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

6. Chicken & Waffles @ The Daily Grind

Image via SAYS

Pernah cuba Chicken & Waffles? Hidangan terkenal yang berasal dari Amerika Selatan ini memang wajib anda cuba jika anda sukakan hidangan sweet and savoury. Ayam yang digoreng sehingga keemasan, dimakakan bersama waffles dan dituang pula dengan maple syrup. Unik, bukan?

Setelah sudah makan sedap, jangan lupa untuk cuba Old Fashioned Waffle sebagai pencuci mulut. Waffle yang diisi penuh dengan whipped cream, buah strawberi dan dihidang dengan ais krim vanila dan maple syurp ini memang untuk dessert lovers!

Alamat: The Daily Grind, Bangsar Village, 1 Jalan Telawi 1, Bangsar

Waktu Operasi: 11 pagi - 11 malam (setiap hari)

No. Telefon: +603 2287 6708

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

7. Nasi Beriani Ayam Madu @ Restoran Mahbub

Jika anda sedang mengidam Ayam Goreng Madu, di sini tempat untuk dapatkannya! Ayam Goreng Madu di sini memang sangat enak apabila dimakan dengan Nasi Beriani mereka yang cukup flavourful. Hidangan simple ini memang sangat memuaskan!

Alamat: Restoran Mahbub, No.15-17, Lorong Tempinis Kiri 1, Lucky Garden, Bangsar

Waktu Operasi: 11 pagi - 2 pagi (setiap hari)

No. Telefon: +603 2095 5382

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

8. Soft-Shell Crab Burger @ VCR

Untuk anda yang suka explore masakan-masakan yang lain daripada lain, kafe VCR menyajikan menu yang begitu menarik. Antara hidangan unik anda boleh cuba di sini ialah Soft-Shell Crab Burger. Soft-Shell Crab yang digunakan sebagai patty untuk burger, dimakan dengan telur goreng dan burger bun yang buttery. Sedapnya!

Alamat: VCR, No. 31, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, Bangsar

Waktu Operasi: 8.30 pagi - 11 malam (setiap hari)

No. Telefon: +603 2201 0011

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

9. Peanut Butter Cream Cookie Sandwich @ Jaslyn Cakes

Untuk peminat tegar peanut butter, kafe Jaslyn Cakes menyajikan dessert yang sangat sedap iaitu Peanut Butter Cream Sandwich. Manisan ini menggunakan dua biskut peanut butter sebagai 'roti' sandwic dan sos creamy peanut butter sebagai filling. Jangan terlepas untuk mencuba!

Alamat: Jaslyn Cakes, No. 7A, Jalan Telawi 2, Bangsar

Waktu Operasi:
11 pagi - 7 malam (Selasa - Ahad)
Tutup setiap Isnin.

No. Telefon: +603 2202 2868

Status: Pork-free.

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

Dah cuba di tempat-tempat ini?

You may be interested in: