lifestyle

13 Hidangan 'Power' Yang Wajib Anda Cuba Bila Di Ampang

Masakan Korea, Thai, Western semua ada! :D

Cover image via Neighbours Cafe | Instagram @amirazizirahman

1. Sweet Spicy Fried Chicken @ Sweetree

Haa, untuk yang gilakan masakan Korea, pastikan anda order hidangan Sweet & Spicy Fried Chicken di sini. Ayam goreng rangup bersalut sos pedas manis ini dilengkapkan lagi dengan cheese lebur. Memang padu!

Alamat: Sweetree, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman

Waktu Operasi:
11 pagi - 12 malam (Isnin - Sabtu)
11.30 pagi - 11 malam (Ahad)

No. Telefon: +603 4287 4685

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

2. Burger Bakar @ Burger Bakar Abang Burn

Burger Bakar Abang Burn yang popular ini memang wajib anda singgah jika berada di Ampang. Terkenal dengan patty daging yang juicy, burger bakar di sini dilengkapkan lagi dengan keju dan roti buttery lembut. Rugi jika anda belum cuba!

Alamat: Burger Bakar Abang Burn, Jajahan Ampang Dagang Avenue Food Court, Jalan Ampang Putra, Taman Nirwana

Waktu Operasi: 6 petang - 12 malam (setiap hari)

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

3. Salmon Laksa Sarawak @ Kafe Sarawak

Hidangan ini khas untuk anda yang sukakan masakan Sarawak. Yang istimewanya, Laksa Sarawak di sini dihidangkan dengan hirisan ikan salmon. Memang lain macam sedapnya!

Alamat: Kafe Sarawak, No. 43, Jalan Sulaiman 1, Taman Putra Sulaiman

Waktu Operasi: 7.30 pagi - 9 malam

No. Telefon: +6017 660 8197

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

4. Seafood Salted Egg Yolk Buttermilk @ Neighbours Cafe

Image via Neighbours Cafe

Inginkan hidangan yang lain daripada lain? Untuk yang sukakan seafood, anda boleh cuba Seafood Salted Egg Yolk di sini. Kepah dan udang digoreng rangup ini disalut pula dengan kuah telur masin buttermilk berkrim dan dihidangkan bersama nasi dan sup.

Alamat: Neighbours Cafe, No. 17G, Medan Bukit Indah 5, Taman Bukit Indah

Waktu Operasi:
12 tengah hari - 11 malam (Selasa - Ahad)
Tutup setiap Isnin

No. Telefon: +603 4285 6757

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook

5. Nasi Briyani @ Nasi Briyani Ipoh

Dengan nasinya yang lembut dan penuh berperisa dan pilihan pelbagai lauk yang menyelerekan seperti kari kambing dan ayam hitam, memang tidak hairanlah mengapa ramai yang sanggup meredah queue panjang di sini. Jom cuba!

Alamat: Nasi Briyani Ipoh, No. 1 Jalan Kolam Air Lama, Ampang Jaya

Waktu Operasi:
11 pagi - 11 malam (Isnin - Sabtu)
Tutup setiap Isnin

No. Telefon: +6012 274 7575

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

6. Cheese Naan @ Sri Steven's Corner

Image via Kat Miaoz

Untuk yang sukakan roti naan pula jangan terlepas untuk mencuba Cheese Naan digemari ramai ini. Roti naan gebu dipenuhi keju mozzarella ini memang sedap walaupun dimakan begitu sahaja!

Alamat: Sri Steven's Corner, No. 37, Jalan Pandan Indah 1/22, Pandan Indah

Waktu Operasi: 5 petang - 4 pagi (setiap hari)

No. Telefon: +603 9274 9018

Status: Halal

7. Nasi Lemak @ Mak Jah Cafe

Tempat ini menjadi tumpuan ramai untuk sarapan pagi. Jika anda sedang mengidam nasi lemak yang sedap, anda boleh berkunjung ke Mak Jah Cafe. Pelbagai lauk juga disediakan untuk anda pilih mengikut selera!

Sukakan lontong? Anda boleh juga menikmati hidangan ini bersama paru goreng dan sambal sotong di sini!

Alamat: Mak Jah Cafe, No. 21, Jalan Kerja Air Lama

No. Telefon: +017 205 1585

Status: Halal

8. Signature Claypot Portuguese Crab @ Fatty Crabs

Image via Fatty Crabs
Image via Fatty Crabs

Restoran popular ini memang terkenal dengan pilihan lauk ketamnya seperti Chili Crab, Kam Heong Crab, Creamy Salted Egg Crab dan banyak lagi. Untuk sesuatu yang berbeza, cuba hidangan Claypot Portuguese Crab yang lemak berkrim ini. Dimakan pula dengan roti mantou goreng, memang terangkat!

Alamat: Fatty Crabs, Lot 1243, Kampung Berembang, Jalan Hulu Kelang, Ampang Jaya

Waktu Operasi:
4 petang - 11 malam (Selasa - Ahad)
Tutup setiap Isnin

No. Telefon: +603 4266 3889

Status: Pork-free

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

9. Crispy Crab Egg Noodles @ Owlery Cafe

Image via Owlery Cafe

Inginkan hidangan mi yang cukup special? Anda boleh cuba Crispy Soft Shell Crab Egg Noodles ini! Hidangan seakan laksa kari ini dihidang dengan soft shell crab goreng rangup untuk sedikit kelainan.

Alamat: Owlery Cafe, No. 6, Aras G, Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang Avenue

Waktu Operasi:
12 tengah hari - 12 malam (Selasa - Ahad)
Tutup setiap Isnin

No. Telefon: +603 4287 9639

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

10. Tom Yam Pok Tek @ Restoran Razma

Minat tom yam bersantan? Apa kata anda cuba Tom Yam Pok Tek di sini. Hidangan memuaskan ini dimasak dengan pelbagai jenis seafood segar. Tom yam, telur dadar dan nasi putih: settle!

Alamat: Restoran Razma, No. 13, Jalan 8A, Ampang Jaya

Waktu Operasi:
12 tengah hari - 11 malam (Ahad - Khamis)
2.30 petang - 11 malam (Jumaat)

No. Telefon: +016 689 4114

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram 

11. Bread & Butter Pudding @ Greenhouse by Muir

Sukakan pencuci mulut yang simple? Bread Butter Pudding di sini khas untuk anda. Pudding roti lembut dan manis ini dihidangkan suam bersama ais krim dan taburan icing sugar.

Alamat: Greenhouse by Muir, No. 1, Jalan Nipah, Kampung Berembang

Waktu Operasi: 10 pagi - 11 malam (setiap hari)

No. Telefon: +603 4266 3189

Status: Pork-free

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

12. Kunafa Cheese @ Damas Sweets

Image via Damas Sweets

Jika anda gemarkan keju, anda pasti akan jatuh cinta dengan manisan tradisional Arab yang unik ini! Keraknya yang rangup dan manis diisi dengan keju lembut dan ditabur pula dengan kacang pistachio. Lain macam sedapnya. ;)

Alamat: Damas Sweets, No. 11, Jalan Mamanda 5, Ampang Point

Waktu Operasi: 11 pagi - 11 malam (setiap hari)

No. Telefon: +603 4252 4077

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

13. Darth Vader Oreo Shake @ The Garage KL

Image via The Garage KL

Kafe Insta-friendly ini menawarkan menu yang cukup menarik. Selain hidangan utama seperti pasta dan burger anda boleh juga mencuba pelbagai jenis milkshakes yang disediakan di sini termasuk Darth Vader Oreo Shake yang cukup popular ini!

Alamat: The Garage, No. 841 Jalan Hulu Kelang, Hillview

Waktu Operasi: 12 tengah hari - 12 malam (setiap hari)

No. Telefon: +6013465 1908

Status: Halal

Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook | Instagram

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!

Teruskan sesi jalan-jalan cari makan anda di sini:

You may be interested in: