Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Anda Wajib Cuba 17 Hidangan Sarawak Popular & Unik Ini Sekali Seumur Hidup!

Jom cuba hidangan tradisi di Sarawak yang lazat dan popular ini!

1. Laksa Sarawak

Image via setinstories

Laksa Sarawak merupakan salah satu hidangan yang tersenarai dalam hidangan Top 10 oleh cef terkemuka Anthony Bourdain. Hidangan ikonik ini mempunyai bihun yang dimasak bersama kuah udang, belacan, asam jawa, bawang putih, lengkuas, serai, santan pekat dan dihidangkan bersama taugeh, udang, hirisan telur dan ayam yang diparut.

2. Mee Kolok

Image via ahmadzakwan23.blogspot.com

Mee Kolok merupakan hidangan mee yang ringkas dan kebiasaannya dinikmati untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Hidangan ini mempunyai mee kuning yang dicampur dengan minyak dan kicap. Seterusnya, dihidangkan bersama daging, taugeh dan daun bawang. 

3. Mee Tomato Rangup

Image via myrapid

Mee tomato rangup ini kebiasaannya mempunyai yee mee yang dihidangkan dengan kuah tomato bersama sayur sawi, daging dan seafood. Anda juga boleh menikmati hidangan ini bersama kuey teow atau mihun. 

4. Sayur Midin (Pucuk Paku)

Image via Arthur Wee / suitapui

Sayur midin, atau dikenali juga sebagai pucuk paku selalunya ditumis dengan bawang putih dan belacan. Terdapat juga tambahan ikan bilis dan ikan masin yang kebiasaannya dijual di kedai nasi campur. 

5. Ayam Pansuh (Manok Pansoh)

Image via resepibookf.blogspot.com

Ayam pansuh merupakan hidangan Iban yang unik sekali kerana semua bahan-bahan dimasak di dalam buluh. Hidangan ini mengandungi ketulan ayam, serai, pucuk ubi yang dimasukkan ke dalam buluh dan dimasak secara perlahan pada api yang perlahan untuk masa yang lama. Cara memasak ini membantu menyerap aroma dan rasa yang menghasilkan ayam yang lembut dan berperisa. Kuahnya juga kaya dengan rasa serai dan buluh. 

6. Terung Dayak

Image via asianitinerary

Terung dayak, iaitu buah bulat yang berwarna oren, merupakan bahan utama yang selalu digunakan dalam masakan di Sarawak. Buah yang unik ini selalu dimasak dalam lauk berkuah yang masam seperti asam pedas ikan dan banyak lagi. 

7. Dabai

Image via pansuh

Dabai merupakan buah yang agak keras tetapi jika direndam di dalam air suam yang bergaram selama 10 hingga 15 minit, anda akan mendapat buah yang lembut seperti kurma. Isinya yang kuning mempunyai rasa yang sangat berkrim. Bijinya juga boleh dimakan! 

8. Bihun Belacan

Image via bettyjourney

Hidangan belacan bihun mempunyai bihun yang dihidangkan bersama kuah udang dan belacan yang sedikit manis, timun, dan telur padi. Lebih enak jika dinikmati bersama limau dan sos cili. 

9. Mee Sapi

Image via howtodosteps.blogspot.com

Hidangan mee sapi kebiasaannya menggunakan mee yang sama seperti mee kolok. Tetapi mee sapi dihidangkan bersama kuah daging. Anda juga akan mendapat hirisan daging dan taugeh sebagai topping.

10. Umai

Image via igan.pjk.com

Umai merupakan hidangan Melanau yang mempunyai hirisan ikan yang segar bersama bawang, cili, garam dan jus limau atau asam. Sesetengah tempat juga menambahkan sago bakar untuk menggantikan nasi. Hidangan ini juga selalunya dihidangkan bersama udang yang dicelur. 

11. Linut

Image via willflyforfood

Linut merupakan pengganti nasi yang diperbuat daripada tepung sagu dan air panas. Kemudian, dikacau sehingga menghasilkan campuran yang kental seperti jeli. Hidangan ini enak dinikmati bersama lauk yang berkuah masam, masin, pedas atau sayur midin. 

12. Ulat Mulong

Image via malaysiaaktif

Walaupun pelik, ulat mulong begitu popular sekali di Sarawak. Ini kerana ulat mulong yang gemuk mempunyai tekstur yang menarik. Terdapat juga orang yang berpendapat bahawa ulat mulong mempunyai rasa yang sama seperti udang. Hidangan ini sedap digoreng bersama kicap, disalai atau dijadikan sate. 

13. Bubur Pedas

Image via @krazyforfood (Instagram)

Hidangan bubur pedas yang berasal dari Indonesia ini sangat terkenal di kalangan masyarakat Melayu di Sarawak. Bubur pedas ini selalunya dinikmati pada bulan Ramadan kerana kaya dengan bahan-bahan yang mengenyangkan seperti tauhu kering, cendawan kering, kulat hitam, sayur midin, kacang panjang dan beras. Daging ayam dan lembu ditambah untuk menaikkan rasa. 

14. Kuih Selorot

Image via ilovekch

Kuih selorot atau dikenali juga sebagai corot, merupakan kuih tradisi masyarakat Melayu Sarawak. Apa yang menarik tentang kuih ini ialah ia dibalut dengan pucuk nipah. Kuih ini selalunya dihidangkan semasa bulan Ramadan.

15. Kek Lapis Sarawak

Image via pinterest

Walaupun kek lapis sudah menjadi kebiasaan di negeri semenanjung, tetapi kek lapis ini merupakan kuih yang penting di Sarawak. Kek lapis sering dihidangkan pada musim perayaan di Sarawak. Cara penyediaannya juga memerlukan kerja keras dan masa yang lama. Memang unik! 

16. Tumpik

Image via kajomag

Tumpik merupakan makanan tradisi masyarakat Melanau di Sarawak. Hidangan ini diperbuat dari tepung sagu dan mempunyai bentuk yang sama seperti lempeng. Tumpik selalunya dinikmati bersama air gula apong untuk sarapan atau minum petang. 

17. Kuih Penyaram Gula Apong

Image via upm.edu.my

Kuih penyaram ini sangat menarik kerana menggunakan gula apong yang sinonim dengan negeri Sarawak. Kuih ini hanya menggunakan campuran tepung beras dan tepung gandum, dan dimaniskan dengan gula apong. Kemudian, adunan digoreng untuk menghasilkan kuih yang crispy dan lembut. 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi hidangan menarik di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment