Nikmati Hidangan Sabah & Sarawak Halal, Asli & Unik Di 7 Restoran Lembah Klang Ini

Jom nikmati hidangan Sabah & Sarawak original yang halal dan murah di Lembah Klang ini. Memang nyaman!

Ternyata negeri Sabah dan Sarawak kaya dengan adat dan budaya. Oleh itu memang tidak mustahil bahawa sajian di Borneo juga begitu istimewa dan unik sekali.

Kebanyakan orang di semenanjung hanya mengenali hidangan popular Borneo seperti laksa sarawak, mee kolok, dan ambuyat sahaja.

Image via setinstories

Image via willflyforfood

Tetapi sebenarnya negeri Sabah dan Sarawak mempunyai banyak lagi hidangan-hidangan menarik yang menggunakan bahan-bahan unik di negeri mereka. Kini, anda boleh dapatkan sajian unik negeri Sabah dan Sarawak di sekitar Lembah Klang juga! 

Anda pasti tertanya-tanya di mana sahaja anda boleh dapatkan hidangan Sabah dan Sarawak yang bukan sahaja asli malah lazat, bukan?

Image via giphy.com

Lihat 7 restoran-restoran Borneo di bawah:

1. Umai @ Taman Tun Dr Ismail

Dengan namanya Umai yang merupakan hidangan Melanau terkenal, sudah tentu sekali restoran ini juga menyediakan pelbagai hidangan Sarawak yang autentik dan lazat.

Antara hidangan yang menarik di sini ialah nasi lalapan dan kuey teow tomato. Terdapat juga hidangan klasik seperti laksa sarawak dan kolo mee. Apa yang best tentang restoran ini ialah mereka menyediakan set makan tengah hari untuk RM10.90 yang mempunyai air percuma. Memang berbaloi! 

Alamat
: Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam

No. Telefon: +603-7731 4266

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 

2. Sarawak's Bowl @ Sunway Putra Mall

Sarawak's Bowl memang terkenal dengan sajian Sarawak mereka yang seakan-akan sama seperti hidangan homemade. Malah, menu yang disediakan di restoran ini agak unik berbanding restoran lain. Antara hidangan yang anda wajib cuba ialah ayam pansuh padi huma, Sarawak mee sua dan ayam panggang nenas sri Sarawak.

Setiap hidangan mempunyai rasa rempah ratus yang mantap yang pasti membuat anda teringat akan hidangan asli di Sarawak. Bukan itu sahaja, setiap menu juga diletakkan pada harga yang sangat berpatutan. Syok betul!

Alamat: Lot 4-61, 4-69, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 10.00 pagi - 10.00 malam

No. Telefon: +603-4050 2518

Restoran ini juga mempunyai cawangan lain.

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 

3. Nuromen @ Damansara Utama

Disamping menyediakan daging premium yang begitu lazat, Nuromen juga terkenal dengan hidangan Sarawak fusion. Antara hidangan yang anda wajib cuba ialah Sarawak beef noodles yang mempunyai kolo mee yang digaul dengan minyak bawang putih dan diletakkan topping daging dan perut lembut. Memang nyaman! 

Antara hidangan unik lain ialah sliced beef ricebowl, beef mazemen dan garlic soy prawn noodles. Kesemuanya unik tetapi masih mengekalkan cita rasa Sarawak yang lazat. 

Alamat: 28, Jalan SS 21/39, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi
:
10.30 pagi - 10.00 malam (Rabu - Isnin)
Tutup setiap hari Selasa.

No. Telefon: +6012-687 6123

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 

4. Ikan Bakar Semporna @ Kepong

Untuk hidangan Sabah yang segar dan lain daripada yang lain, anda wajib sekali mencuba Ikan Bakar Semporna. Restoran ini menyediakan pilihan ikan yang hanya boleh didapati di persisiran pantai Semporna. 

Antara hidangan yang istimewa di sini ialah ketam sumbat mimak, latok, kerabu ikan kinilau dan juga putu (ubi kukus). Jika anda mahu mencuba ikan bakar gaya Sabah, anda wajib sekali mencuba restoran ini.  

Alamat
: Jalan Metro 1, Metro Prima, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
4.00 petang - 12.00 tengah malam (Jumaat hingga Rabu)
Tutup pada hari Khamis.

No. Telefon: +6011-2617 5977

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

5. Dapur Sarawak @ Jalan Pahang

Restoran Dapur Sarawak memang terkenal sekali di kalangan orang Sarawak yang menetap di Kuala Lumpur. Ini kerana restorang mereka yang menyediakan pelbagai menu asli Sarawak pada harga yang murah dan berbaloi. 

Antara sebab Dapur Sarawak menjadi kegemaran pelanggan ialah kerana mereka menyediakan pelbagai hidangan unik seperti nasi manok panggang, nasi aruk dabai dan nasi aruk cornbeef. Mereka juga terkenal dengan hidangan klasik seperti mihun belacan, mee jawa, mi kolok goreng dan mi kolok crispy. 

Alamat
: No.19, Jalan Sarikei, Off Jalan Pahang, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi
: 10.00 pagi - 10.30 malam (Setiap hari)

No. Telefon: +603-4031 7987

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 

6. SALted @ Mutiara Damansara

SALted merupakan kafe terkemuka di Lembah Klang yang menawarkan hidangan Sarawak yang simple tetapi begitu lazat sekali di samping mempunyai saiz hidangan yang besar. 

Antara hidangan yang anda wajib cuba di sini ialah smoked duck mee kolok, belacan beehoon dengan telor padi dan laksa Sarawak yang mempunyai 3 ketul udang bersaiz XXL. Memang best

Alamat
: 30, 1, Jalan PJU 7/16a, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi
: 10.00 pagi - 3.30 petang (Setiap hari)

No. Telefon: +03-7493 5266

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

7. Ikan Bakabah @ SS19

Jika anda mengidamkan hidangan makanan laut yang segar dan murah, anda wajib sekali mengunjungi Ikan Bakabah. Apa yang menarik tentang restoran ini ialah mereka menimbang ikan-ikan yang sudah disiang agar anda mendapat harga yang lebih murah. 

Antara hidangan best di sini ialah latok, sotong bakar, aneka jenis ikan persisiran pantai seperti ikan belawis, ikan uji rashid dan banyak lagi. Setiap makanan laut juga dihantar setiap 2 hari untuk memastikan kesegaran. Dijamin berbaloi duit anda! 

Alamat
:  39, Jalan SS 19/2, Ss 19, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Waktu Operasi
:
4.00 petang - 11.00 malam (Sabtu hingga Khamis) 
Tutup setiap hari Jumaat.

No. Telefon: +6010-439 0388

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Leave a comment