makan

Dapatkan Burger Cheese Leleh & Soft-Shell Crab Yang Sangat Meliurkan Di Kedai KL Ini!

Dirty Cheese Chicken Burger dari The BRGR Cafe, Setapak ini yang lazat ini pasti akan membuat anda terliur!

Cover image via @t_shuhwei

Hidangan burger memang sinonim dengan rakyat Malaysia. Manakan tidak hidangan ini sangat mudah didapati, murah dan juga mengenyangkan.

Tetapi jika anda teringinkan variasi burger yang baru dan lain daripada lain, anda wajib sekali mencuba 'Dirty Cheese Burger' di The BRGR Cafe, Setapak dan Pulau Pinang

'Dirty Cheese Chicken Burger' dari The BRGR Cafe sememangnya menarik sekali mempunyai daging ayam juicy dan dilimpahi sos keju yang begitu creamy sekali. Memang meleleh!

Lihat gambar-gambar yang menyelerakan di bawah:

Tambahan sos keju kepada roti burger memberikan rasa definisi baru kepada "burger banjir". Memang lain daripada yang lain kerana rasa burger menjadi lebih enak. Sos keju membuatkan burger ini rasa mewah dan pasti akan membuatkan anda ketagih. Sedap betul! 

Manakala daging ayam pula mempunyai luaran yang rangup dan isi yang juicy. Memang sangat memuaskan! Sesuai buat anda yang mahukan sesuatu yang lain daripada yang lain :D

Bukan itu sahaja, The BRGR menyediakan menu-menu burger klasik dan lazat seperti Soft Shell Crab Burger (RM16) dan Classic Australian Beef (RM13)

Jom nikmati burger disaluti sos keju? Dapatkan info penuh The BRGR Cafe di sini:

Cawangan Setapak

Alamat
: No G-20, PV12 Platinum Lake Condominium, Jalan Langkawi, 53300, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 12.30 tengah hari - 10.30 malam (Setiap hari)

No. Telefon
: +6017-549 7075

Cawangan Pulau Pinang

Alamat: 85, Jalan Nagore, 10050 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 12.00 tengah hari - 10.30 malam (Setiap hari)

No. Telefon: +60195700627

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi makanan menarik di sini:

You may be interested in: