makan

Nikmati Nasi Lemak Goreng Yang Enak & Unik Di PJ Ini Hanya Untuk RM8. Memang Berbaloi!

Dapatkan nasi lemak goreng lazat oleh Chef Fauzey ini hanya di PJ Old Town!

Cover image via imgur.com , @vynerler , @mubineats

Selain dari nasi lemak, apa lagi hidangan kegemaran rakyat Malaysia? Semestinya nasi goreng. Tetapi bagaimana pula dengan gabungan nasi goreng dan nasi lemak? Memang luar biasa!

Tahukah anda, sebuah food truck di Petaling Jaya milik Chef Fauzey menyediakan hidangan Nasi Lemak Goreng. Menurut beliau, hidangan ini mengambil banyak trial and error dan resepi ini juga bermula apabila salah seorang pelanggan meminta beliau menggorengkan nasi lemak yang dihidangkan. 

Kini, Nasi Lemak Goreng (RM8) merupakan salah satu menu terhangat di food truck Chef Fauzey yang terletak di PJ Old Town, Petaling Jaya

Lihat gambar-gambar yang menyelerakan di bawah: 

Apa yang menarik tentang hidangan Nasi Lemak Goreng ini ialah nasi lemak dikukus terlebih dahulu dengan santan. Ini menghasilkan nasi lemak yang extra lemak dan terurai. Walaupun nasi lemak itu digoreng, ia masih mempunyai rasa lemak santan yang mantap disamping mempunyai rasa wok hei.

Bukan itu sahaja, nasi lemak ini juga mempunyai pes sambal yang berbeza dengan sambal nasi lemak. Di mana sambal nasi lemak mempunyai rasa pedas dan manis, nasi lemak goreng ini menggunakan sambal yang pedas. Untuk setiap hidangan nasi lemak goreng, anda akan mendapat ayam goreng dan udang goreng. Sangat berbaloi! 

Selain dari nasi lemak goreng, Chef Fauzey juga menghidangkan nasi lemak kukus ayam berempah (RM7) dan char kuey teow (RM7) yang sangat menyelerakan!

Anda teringin untuk mencuba? Dapatkan maklumat penuh Food Truck Chef Fauzey di bawah:

Alamat: Jalan Sentosa 3/57, Pj Old Town, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
6.30 petang - 10.00 malam (Isnin hingga Sabtu)
Tutup setiap hari Ahad.

No. Telefon: +6019-376 5886

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi artikel menarik di sini:

You may be interested in: