makan

Teh Madu Float RM6 Di Kampung Baru Ini Cukup Kaw Dan Power. Rugi Kalau Tak Cuba!

Dapatkan Teh Ais Madu sedap dan murah hanya di Warung Pak Mat Pulau Pisang, Kampung Baru!

Cover image via @syifazakaria | @aniszaharii (Instagram)

Teh ais bukannya minuman yang baru di kalangan rakyat Malaysia. Tetapi kini, kita dikurniakan dengan pelbagai variasi unik kepada minuman yang terkenal ini.

Namun begitu, terdapat satu variasi teh ais yang begitu menarik sekali hanya di Warung Pak Mat Pulau Pisang, Kampung Baru.

Berasal dari Kota Bharu, Kelantan, Warung Pak Mat Pulau Pisang sememangnya terkenal di kalangan orang Kelantan tentang keunikan minuman ini. Kini, penduduk Lembah Klang juga berpeluang untuk menikmati teh ais yang padu ini di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Rasa teh ais yang disediakan juga sama seperti di Kota Bharu. Memang kaw! 

Warung Pak Mat Pulau Pisang di Kampung Baru menyediakan Teh Ais Madu (RM6) yang power sekali.

Untuk sesuatu yang extra, anda juga boleh mencuba Teh Madu Float (RM12). Lagi best!

Lihat gambar-gambar yang meliurkan di bawah: 

Teh Ais Madu

Image via @rrhaus (Instagram)

Teh Madu Float

Image via @tanaka.33 (Instagram)

Teh Madu Float

Image via @syifazakaria (Instagram)

Apa yang menarik tentang teh ais madu ini ialah rasanya yang begitu creamy dan pekat sekali. Disebabkan madu digunakan sebagai pemanis, teh ais ini mempunyai rasa manis yang mantap tanpa mempunyai rasa yang memuakkan.

Untuk Teh Madu Float pula, anda akan mendapat topping aiskrim teh tarik untuk memastikan air anda tidak menjadi terlalu cair dan kekal pekat dan berkrim. Memang lain daripada yang lain! 

Selain dari Teh Ais Madu yang padu, Warung Pak Mat Pulau Pisang juga menyediakan pelbagai hidangan yang menarik seperti Sup Kepala Ikan Siakap Laut, Ayam Bakar Madu dan Ikan Bakar

Anda sudah terliur? Dapatkan info penuh Warung Pak Mat Pulau Pisang Kampung Baru di sini:

Alamat: 103A, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: Buka 24 Jam (Setiap hari)

No. Telefon: +6013-992 7327

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi hidangan menarik di sini:

You may be interested in: