makan

Bersantap Di Kebun Bunga Orkid 'Hidden Gem' Di Selangor Ini. Sangat Photo-Worthy!

Jom 'chill' sambil menikmati hidangan lazat di Florescence by World of Phalaenopsis di Ulu Yam!

Cover image via imgur.com , @gchoo_low , @lssan33

Malaysia memang bertuah sekali kerana mempunyai pelbagai pilihan kafe seperti cat cafes ataupun cafe yang bertemakan kehijauan.

Kini, terdapat sebuah kafe baru yang berkonsepkan kebun bunga orkid hanya di Ulu Yam. Cantik betul mata memandang!

Florescence by World of Phalaenopsis yang mengambil 1 jam perjalanan dari bandar Kuala Lumpur, sememangnya berbaloi untuk dikunjungi kerana suasana kafe yang begitu lain daripada lain daripada kafe-kafe yang terdapat di Lembah Klang. Selain dari rupanya yang begitu instagrammable, anda juga boleh membeli-belah bunga orkid yang cantik-cantik belaka! 

Florescence by World of Phalaenopsis bukan sahaja mempunyai suasana kafe yang indah, malah kafe ini juga mempunyai menu yang best!

Lihat gambar-gambar yang menarik di bawah: 

Florescence Cafe menyediakan hidangan kegemaran rakyat Malaysia seperti Nasi Lemak Rendang Ayam (RM12.90), Mee Hoon Siam (12.90), Kaya Toast (RM6.90), dan juga Herbal Egg (RM2.90). Menu yang disediakan di kafe ini memang sesuai untuk disantap sambil menikmati pemandangan kafe ini. Walaupun agak simple, setiap hidangan yang disediakan di kafe ini sangat memuaskan dan sesuai dengan semua citarasa. 


Bukan itu sahaja, kafe ini juga menyediakan desserts yang instagrammable seperti waffle dan pelbagai pilihan kek yang menarik

Antara pilihan desserts yang anda wajib cuba ialah Vanilla and Berries Waffle With Ice Cream (RM16.90), Banana and Chocolate Waffle with Ice Cream (RM16.90) dan juga Kurma Chocolate Cake With Ice Cream (RM14.90). Kombinasi waffle yang rangup di luar dan lembut di dalam memang sesuai dinikmati bersama aiskrim dan buah-buahan. 

Manakala Kurma Chocolate Cake pula mempunyai rasa manis kurma yang diseimbangkan dengan rasa coklat pahit dan aiskrim vanila. Wajib cuba! 

Anda teringin nak cuba? Dapatkan info penuh World of Phalaenopsis di sini:

Image via @lssan33

Alamat: 1017, Jalan Batang Kali - Hulu Yam Bharu, Kampung Sungai Kamin, 44300 Batang Kali, Selangor.

Waktu Operasi: 8.30 pagi - 5.00 petang (Setiap hari)

No. Telefon: +03-6075 1133

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi hidangan menarik di sini:

You may be interested in: