Dapatkan Karipap Inti Rusa, Sotong & Banyak Lagi Inti Unik Di Penang Untuk RM1 Je. Murah!

Jom nikmati karipap panas penuh dengan inti pada harga yang murah hanya di Mutiara Karipap!

Kuih karipap yang panas-panas semestinya kegemaran orang ramai. Tetapi malangnya, rata-rata karipap yang dibeli tidak mempunyai inti yang secukupnya. Memang tak puas langsung!

Melainkan anda rajin untuk menghasilkan karipap sendiri, anda kini boleh mendapatkan karipap yang bukan sahaja bersaiz besar, malah padat dengan pelbagai inti-inti yang menarik hanya di Mutiara Karipap, Pulau Pinang. Harganya pun murah sekali! 

Mutiara Karipap di Georgetown, Pulau Pinang memang terkenal dengan menyediakan karipap yang bersaiz besar dan mempunyai inti yang padu

Lihat gambar-gambar yang menakjubkan di bawah: 

Setiap karipap pasti akan dipenuhi dengan inti pilihan anda dan digoreng khas untuk setiap pesanan. Memang fresh! Selain itu, anda juga akan diberi jeruk bawang untuk setiap pesanan. Sangat sesuai untuk dinikmati bersama karipap!

Tak puas makan satu keping karipap sahaja? Anda juga boleh memilih Karipap Oblong hanya untuk RM2.50 bagi inti ayam atau daging.

Apa yang menarik tentang Mutiara Karipap ini ialah kepelbagaian pilihan inti yang terdapat dan kesemuanya dijual pada harga yang begitu murah iaitu dari RM1 hingga RM1.40 sahaja.

Bukan itu sahaja, mereka juga mempunyai Karipap Special yang mempunyai semua campuran inti hanya untuk RM3 sahaja!

Antara inti-inti karipap unik yang anda wajib cuba di sini ialah inti rusa, kambing, dan juga seafood seperti ketam, kerang, sotong, udang. Nak campur semua inti pun boleh! Tidak lupa juga kepada inti-inti karipap yang klasik seperti ubi keledek, sardin, kentang dan telur. Semuanya mempunyai rasa yang mantap! 

Anda sudah terliur? Dapatkan info penuh Mutiara Karipap di sini:

Alamat: Larut Cafe, 38, Jalan Larut, 10050 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Operasi:
1.00 tengah hari - 6.30 petang (Isnin - Jumaat)
Tutup setiap hari Sabtu dan Ahad.

No. Telefon: +6012-559 9744

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Leave a comment