Uji Tahap Kepedasan Anda Dengan Sambal Gesek 200 Cili Di KL Ini. Kaki Pedas Wajib Cuba!
Dapatkan ayam gepuk dan sambal gesek asli dari Jogjakarta yang lazat di Ayam Gepuk Pak Gembus.
Hidangan nasi putih yang berlaukkan ayam goreng dan sambal sememangnya kegemaran ramai.
Memang tidak mustahil ayam gepuk mendapat sambutan yang hangat kerana hidangan ini mempunyai ayam goreng dan sambal gesek yang pedas berapi!
Ayam Gepuk Pak Gembus yang berasal dari Jogjakarta ini kini mempunyai sebanyak 13 cawangan di sekitar Lembah Klang. Restoran ini sememangnya terkenal dengan ayam gepuk dan sambal gesek. Masuk sahaja restoran mereka, anda akan dijemput dengan stesen sambal mereka yang menyediakan sambal fresh untuk setiap pesanan. Memang mantap!
Kini, anda boleh menikmati hidangan ayam gepuk yang menggunakan resepi asli dari Jogjakarta untuk RM6.90 sahaja.
Setiap ayam goreng disediakan panas-panas dan digaul dengan sambal gesek pilihan anda. Memang kecur air liur!
Lihat gambar-gambar yang meliurkan di bawah:
Sebelum digoreng, ayam juga direbus terlebih dahulu untuk membuatkan ayam menjadi lembut dan membantu bahan-bahan perapan diserap ke dalam daging ayam. Seterusnya, ayam goreng ditumbuk bersama cili gesek dan digaul sekali. Memang padu!
Bukan itu sahaja, untuk setiap set ayam gepuk anda juga akan mendapat nasi tambahan dan air kosong percuma. Memang sesuai jika anda ingin menahan rasa pedas! Anda juga boleh menambah add-on seperti tauhu, tempe, hati ayam, pedal dan kobis goreng.
Apa yang membuatkan Ayam Gepuk Pak Gembus ini lain daripada lain ialah sambal gesek made-to-order yang anda boleh ubah suai mengikut tahap kepedasan anda.
Dari 5 biji cili hingga 200 biji cili, kesemuanya memang layan!
Sambal di restoran ini juga bukan sahaja pedas, malah mempunyai tekstur yang menarik kerana cili gesek digabungkan dengan kacang yang digiling. Ini memberikan cili gesek tersebut sedikit kepekatan. Selain itu, bawang putih dan minyak gorengan ayam juga ditambah untuk memberikan rasa yang maksima.
Walaupun pedas, sambal gesek mereka masih mempunyai rasa yang sedap yang pasti akan membuatkan anda ketagih. Puas betul!
Anda berani nak cuba? Dapatkan info penuh Ayam Gepuk Pak Gembus di sini:
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!