5 ‘Street Food’ Viral Kurang Dari RM6 Di Melaka Yang Sangat Berbaloi. Sedap Pun Sedap!

Dapatkan makanan-makanan best & murah di Melaka ini. Memang dijamin berbaloi!

1. Laksa Telur Sarang @ Mango Float Royale, Batu Berendam

Selain dari minuman smoothie mangga, Mango Float Royale juga terkenal dengan satu hidangan yang unik iaitu Laksa Telur Sarang. Untuk harga RM5, hidangan Laksa Telur Sarang ini sememangnya berbaloi sekali. Tambahan telur goreng bersarang yang rangup kepada kuah laksa yang kaw ini pasti akan membuatkan anda tambah berkali-kali. Memang layan!

Alamat: Lot 950, KM8, Sungai Putat, 75350 Batu Berendam, Melaka.  

Waktu Operasi:
11.00 pagi - 10.30 malam (Isnin hingga Sabtu)
11.00 pagi - 6.30 petang (Ahad)

No. Telefon: +6017-6783602

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

2. Kuih Keria @ Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil, Taman Limbongan Permai

Untuk anda yang minat akan kuih-muih unik, Kuih Keria Antarabangsa ini memang sesuai untuk anda. Harga untuk satu kuih keria terletak pada RM0.50 sahaja. Memang berbaloi! Tetapi apa yang membuatkan kuih ini unik ialah gula melaka yang digunakan sebagai sira dan memberikan rasa manis yang tidak keterlaluan tetapi masih lagi melazatkan. Makan satu pasti nak lagi! 

Alamat
:  No 29, Jalan Kristal Merah, 2, Taman Limbongan Permai, 75200, Melaka. 

Waktu Operasi
: 11.30 pagi - 7.00 malam (Setiap hari)

No. Telefon: +6012-691-4026

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 

3. Cendol Buah @ Cendol Kampung Hulu, Kampung Hulu

Cendol Kampung Hulu sememangnya terkenal dan legendary di Melaka kerana kepelbagaian topping yang ditawarkan. Cendol yang disediakan juga unik kerana menggunakan santan beku untuk menggantikan ais supaya cendol tidak menjadi cair dan tawar.

Saiz hidangan untuk setiap cendol juga sangat memuaskan dan bersesuai dengan harganya. Anda boleh memilih antara cendol biasa (RM5), cendol buah (RM6) ataupun cendol durian (RM15). 

Alamat: No 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka.

Waktu Operasi: 12.00 tengah hari - 12.00 tengah malam (Setiap hari)

No. Telefon: +6012-673 2028

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook 

4. Mee Bodoh @ Mee Hassan, Jalan Tengkera

Walaupun namanya agak melucukan, hidangan Mee Bodoh ini mempunyai rasa yang sangat menakjubkan. Apa yang membuatkan hidangan ini menjadi terkenal ialah sambalnya yang mempunyai rasa pedas dan manis. Sepinggan Mee Bodoh hanya berharga RM1.50 sahaja. Manakala telur goreng boleh ditambah untuk RM0.80. Murah betul! 

Alamat
: 390, Jalan Tengkera, 75200 Melaka.

Waktu Operasi:
7.30 malam - 10.45 malam (Jumaat hingga Rabu)
Tutup setiap hari Khamis.

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Facebook 

5. Roti Canai Nachos @ Roti Canai Kayu Arang, Bachang

Percutian anda di Melaka sememangnya tidak lengkap tanpa mencuba Roti Canai Kayu Arang. Apa yang menarik tentang gerai ini ialah mereka memasak roti canai menggunakan kayu arang.

Antara menu yang anda wajib cuba di sini ialah Roti Nachos (RM6) yang mempunyai daging ayam cincang, kobis ungu dan keju mozarela. Memang meleleh! Roti Dangdut (RM2) juga sangat unik dan wajib dicuba kerana mempunyai gabungan telur mata kerbau dan roti canai! 

Alamat: 459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka.

Waktu Operasi: 7.00 pagi - 12.00 tengah hari, 8.00 malam - 11.45 malam (Setiap hari)

No. Telefon: +6016-661 2434

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Facebook 

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Leave a comment