10 Restoran 'Muslim-Friendly' Nasi Daun Pisang Ini Paling Sedap Dan Autentik Di KL & PJ
Restoran nasi daun pisang #8 di Bangsar menghidangkan kari ketam lazat yang pasti akan membuat anda jilat jari sendiri. WAJIB check out!
Bila sebut saja nasi daun pisang, semestinya anda semua terliur habis! Betul tak? Hidangan brunch ini sangat murah, lazat dan sempurna untuk dinikmati bersama yang tersayang.
Image via Giphy
Untuk pengetahuan anda, hidangan istimewa ini berasal dari India selatan dan dibawa ke negara kita apabila penduduk-penduduk India selatan berhijrah ke Tanah Melayu semasa penjajahan British.
Sekarang, nasi daun pisang adalah antara hidangan yang paling popular yang dinikmati oleh semua kaum, dan boleh didapati di merata tempat di Malaysia.
Check out 10 restoran di bawah untuk menikmati nasi daun pisang yang pasti akan membuat anda jilat jari:
1. Vishal Food & Catering @ Brickfields
Image via Diana Chan (Instagram)
Restoran Vishal Food & Catering ini sangat terkenal di kalangan pelancong asing dan penduduk tempatan. Restorannya kecil sahaja, tetapi menghidangkan pelbagai juadah tradisi India utara. Anda boleh memilih antara nasi beriani, ataupun nasi putih yang boleh dinikmati bersama 3 jenis lauk sayuran. Untuk menyempurnakan lagi hidangan anda, nikmatinya bersama pelbagai lauk sampingan yang lazat mereka seperti chicken varuval, mutton varuval. Semuanya memang sedap!
Alamat: Vishal Food & Catering, 22, Jalan Scott, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 7.00 pagi - 11.00 malam (setiap hari)
No. Telefon: +03-2274 1995
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
2. Curry Leaf @ Damansara Uptown
Image via Lucaskong (Instagram)
Anda boleh menjumpai kedua-dua hidangan utara dan hidangan selatan India di restoran ini! Kesemua tukang masak mereka di sini berasal dari India untuk memastikan kelazatan dan keaslian makanan mereka. Berasal dari Seremban, pemilik restoran ini sudah menjual nasi daun pisang lebih daripada 20 tahun. Selain nasi daun pisang, Curry Leaf juga menghidangkan pelbagai hidangan lain seperti roti, naan & tandoori, masakan-masakan goreng panas dan pelbagai lagi!
Alamat: Curry Leaf Restaurant, Ground Floor, 75, Jalan SS21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 7.00 petang - 10.30 malam (setiap hari)
No. Telefon: +03-7726 5880
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
3. Aunty Manju's Home Of Banana Leaf @ TTDI
Image via amiifarahh (Instagram)
Jika anda berada di sekitar TTDI, memang wajib ke sini! Ia merupakan tempat go-to penduduk TTDI untuk menikmati juadah nasi daun pisang. Untuk memastikan kualiti dan kelazatan makanan, kesemua tukang masak di sini telah dilatih oleh Aunty Manju secara tersendiri!
Antara hidangan yang paling popular di sini adalah kari ikan mereka, yang cukup rasa masam pedas dan sangat flavourful dengan penggunaan rempah ratusnya. Memang ngam! Selain itu, Aunty Manju cukup terkenal dengan hidangan ayam goreng mereka yang bergitu rangup tetapi juga sangat juicy! Sempurnakan lagi hidangan anda dengan secawan teh masala yang cukup rasa dengan pengunaan pelbagai rempah ratus dan susu segar!
Alamat: Aunty Manju's Home Of Banana Leaf, 18, Jalan Tun Mohd Fuad, 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 7.00 pagi - 12.00 tengah malam (setiap hari)
No. Telefon: +03-7733 5954
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
4. Ravi's Banana Leaf @ Kota Damansara
Image via aafkar (Instagram)
Ravi's Banana Leaf menghidangankan nasi daun pisang mereka bersama tiga hidangan sampingan vegetarian dan anda boleh menikmati nasi anda dengan tiga jenis kuah iaitu, dhal, kari ayam ataupun kari ikan. Banjirkan nasi anda dengan ketiga-tiga kuah baru la best! Selain itu, restoran in juga dikatakan menghidangkan roti canai yang cukup sedap, dan juga hidangan-hidangan lain seperti tosai, idli, donat vadai yang digoreng segar setiap pagi!
Alamat: Ravi's Banana Leaf, 76, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi: 8.00 pagi - 11.00 malam (setiap hari)
No. Telefon: +010-897 7688
Status: Pork-free
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
5. Kanna Curry House @ Seksyen 17
Image via karenmanocha (Instagram)
Memang tak sah listicle nasi daun pisang jika takda Kanna Curry House. Restoran ini telah menghidangkan nasi daun pisang selama tiga puluh tahun dan telah memenangi pelbagai anugerah daripada publikasi seperti surat khabar TheStar dan majalah TimeOut. Seperti restoran lain, anda boleh menikmati nasi daun pisang anda dengan pelbagai lauk sampingan seperti sotong goreng, ayam goreng, kentang goreng dan pelbagai lagi lauk-pauk tradisi India selatan.
Alamat: Kanna Curry House Seksyen 17, 29, Jalan 17/45, Seksyen 17, 46499 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi: 7.00 pagi - 10.00 malam
No. Telefon: +03-7958 4814
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
6. Restoran Sri Nirwana Maju @ Bangsar
Image via tuty.heraty (Instagram)
Ini merupakan tempat kegemaran ramai untuk menikmati nasi daun pisang! Hidangan nasi daun pisang di sini sangat terkenal, dan juga unik kerana dihidangkan dengan peria goreng yang cukup rangup. Pelanggan biasanya akan ambil extra untuk meratah! Selain itu, restoran ini juga menghidangkan pelbagai hidangan mamak seperti nasi goreng, mee goreng, maggi goreng dan pelbagai lagi!
Alamat: Restoran Sri Nirwana Maju, 43, Jalan Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 11.00 pagi - 1.00 pagi (setiap hari)
No. Telefon: 03-2287 8445
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
7. Macha & Co @ The Curve
Image via doubtlessirdina (Instagram)
Restoran ini menggunakan resipi tradisi turun-temurun untuk beberapa generasi, tetapi mereka menghidangkannya dengan gaya yang lebih kontemporari. Memang sedap dipandang, lazat dimakan! Restoran ini bukanlah seperti restoran nasi daun pisang yang lain, kerana suasananya yang meriah bagaikan restoran western. Untuk yang sedang menjaga berat badan, anda boleh menikmati nasi daun pisang anda bersama nasi beras perang, yang mempunyai lebih banyak khasiat daripada nasi putih.
Alamat: Macha & Co, No 32-1, Jalan PJU 5/16, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi:
8.00 pagi - 12.30 tengah malam (Jumaat & Sabtu)
8.00 pagi - 11.30 malam (Isnin - Khamis)
No. Telefon: +03-6144 6444
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
8. Devi's Corner @ Bangsar
Image via @thenewaverage (Instagram)
Jika anda peminat ketam, sudah tentu anda wajib berkunjung ke Restoran Devi's Corner yang sangat popular dengan kari ketam mereka. Satu hidangan nasi daun pisang di sini dihidangkan dengan 3 jenis sayuran, kepingan papadom, mango chutney dan anda boleh memilih untuk membanjiri nasi putih dengan 3 jenis kari. Tambah sikit kari ketam untuk menjaminkan ummph dalam hidangan anda. Memang padu!
Alamat:14, Jalan Telawi 4, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Buka 24 jam (setiap hari)
No. Telefon: +6012-267 6714
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
9. Saravana Bhavan @ Bangsar
Image via @arifinwalid (Instagram)
Saravana Bhavan merupakan restoran popular yang mempunyai cawangan serata dunia, termasuklah di negara-negara seperti Australia, Hong Kong, U.K, U.S.A dan banyak lagi. Mereka hanya menghidangkan makanan vegetarian, tetapi anda akan mendapati menu mereka menghidangkan variasi makanan India yang besar.
Alamat: Restoran Saravana Bhavan, 52, Jalan Maarof, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 8.30 pagi - 11.00 malam
No. Telefon: +03-2287 1228
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
10. Fierce Curry House @ Bangsar
Image via @underwaterclouds (Instagram)
Satu lagi restoran di Bangsar yang menghidangkan nasi daun pisang. Hidangan nasi daun pisang dihidangkan dengan chapati atau nasi putih, 5 jenis sayuran, rasam, papadam, cili goreng, dal, kari sayuran dan kesari (sejenis pencuci mulut tradisi India). Jika anda ingin sesuatu yang lebih istimewa, and bolelah cuba hidagan Lobster Briyani dan Lobster Tandoori mereka yang cukup unik dan lazat!
Alamat: Fierce Curry House, 16, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: 12.00 tengah hari - 10.00 malam (setiap hari)
No. Telefon: +6019 770 1945
Status: Halal
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram sekarang!
Check out video di bawah untuk mengetahui cara betul untuk memakan nasi daun pisang:
Dapatkan pelbagai lagi tempat-tempat makan yang sedap dan menarik di KL di bawah:
Leave a comment