Nikmati Kambing Goreng Crispy 'Rare' Di Sungai Buloh Untuk RM20.90 Je. Memang Berbaloi!
Tukar selera dengan Kambing Goreng Crispy yang lazat dan murah ini hanya di A&J Burger Grill!
Hidangan kambing mampu membuat sesiapa sahaja terliur. Sama ada kambing bakar, kambing golek mahupun lamb chop, kesemuanya memang menyelerakan!
Memang tidak mustahil bahawa hidangan kambing menjadi minat rakyat Malaysia kerana hidangan kambing merupakan menu wajib di mana-mana rumah terbuka atau kenduri. Tetapi rata-ratanya, hidangan kambing disediakan dengan cara dipanggang. Kini, anda boleh menukar selera dengan menikmati Kambing Goreng Crispy hanya di A&J Burger Grill.
Image via @anjgrillwestern (Instagram)
A&J Burger Grill yang mempunyai cawangan di Sungai Buloh dan Sungai Merab kini menyediakan Kambing Goreng Crispy untuk RM20.90 sahaja.
Memang sesuai buat anda yang sukakan ayam goreng tetapi mahukan sesuatu yang lebih mengenyangkan!
Image via @mipipfoodlog (Instagram)
Image via Intan Suhaila Damia / Facebook
Image via @leen_azliyana (Instagram)
Apa yang menarik tentang hidangan ini ialah daging kambing yang digoreng tidak berminyak langsung. Malah, luarnya pula begitu crispy sekali. Manakala isi kambing pula sangat lembut. Memang jarang sekali kita boleh dapatkan kambing yang disediakan dengan cara deep-fry. Hidangan ini sememangnya wajib dicuba!
Selain itu, hidangan ini juga sangat berbaloi kerana hanya untuk RM20.90, anda dapat menikmati Kambing Goreng Crispy ini pada portion yang banyak di samping dihidang cheesy fries dan coleslaw sekali. Pasti kenyang punyalah!
Bukan itu sahaja, antara hidangan barat menarik yang anda wajib cuba ialah Mushimahu Burger (RM10.90) dan Cheezy Hut Burger (RM12.90). Murah betul!
Image via @luqmanariff_ (Instagram)
Image via @luqmanariff_ (Instagram)
Anda sudah terliur? Dapatkan info penuh A&J Burger Grill di sini:
Image via @anjgrillwestern (Instagram)
Cawangan Sungai Merab
Alamat: Lot A 24559, Arma Square, Jalan Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor.
Waktu Operasi:
Isnin - Khamis (4.00 petang hingga 11.30 malam)
No. Telefon: +6019-323 6424
Cawangan Shah Alam
Alamat: No. 29G & 29A, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Jom check out banyak lagi tempat menarik di sini:
Leave a comment