Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Lebih 6k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Sosej Roll Keju Untuk Si Kecil. 5 Bahan Je!

Jom hasilkan snek cucuk Sosej Roll Keju yang simple, murah dan lazat ini untuk anak kecil yang memilih makan!

Cover image via Yunk Mardhiah / Facebook

Memasak untuk anak kecil sememangnya mencabar kerana mereka terlalu memilih makanan

Image via giphy.com

Tetapi sosej sudah semestinya salah satu snek kegemaran anak kecil. Ibu bapa hanya perlu tahu cara-cara menghasilkan hidangan yang lebih mengenyangkan buat anak-anak kecil di samping menggunakan bahan-bahan murah. 

Jika anda ingin mencari idea hidangan lazat yang pasti menarik perhatian anak kecil, anda wajib mencuba resepi Satay Sosej Roll Cheese ini! :D

Untuk resepi Sosej Roll Cheese mudah, ikuti resepi perkongsian pengguna Facebook Yunk Mardhiah ini yang telah mendapat sebanyak 6.6k shares!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 keping roti
  • 5 keping keju
  • 5 sosej
  • 1 cawan serbuk roti
  • 1 biji telur
  • Lidi


Jom ikuti cara-cara membuatnya pula:

1. Leperkan roti menggunakan pencanai. (Anda juga boleh membuang kerak roti jika anda mahu)

2. Letakkan keju dan sosej.

3. Gulungkan roti.

4. Kemudian, cucukkan roti gulu sosej dengan lidi.

Image via Yunk Mardhiah / Facebook

4. Celupkan ke dalam telur yang sudah di pukul.

Image via Yunk Mardhiah / Facebook

5. Seterusnya, salutkan roti sosej dengan serbuk roti.

Image via Yunk Mardhiah / Facebook

6. Gorengkan roti sosej sehingga rangup atau bertukar menjadi perang keemasan.

Image via Yunk Mardhiah / Facebook

Apabila Sosej Roll Cheese sudah siap digoreng, inilah hasilnya. Anda juga boleh meletakkan apa-apa sos mengikut cita rasa anak kecil anda. Simple, rangup dan murah!

Image via Yunk Mardhiah / Facebook

Jika anda mempunyai masalah anak yang memilih makanan, resepi ini pasti dapat menarik perhatian mereka. Bukan sahaja menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati, malah resepinya juga ringkas sekali. 

Dengan resepi, anak anda pasti tidak akan memilih antara roti atau sosej. Memang enak dimakan begitu sahaja!

Sumber resepi: Yunk Mardhiah

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out resepi-resepi yang sesuai untuk si kecil di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment