Lebih 8k 'Retweets', Chef Cilik Ini Kongsi Resepi 'Cheesy Potato Balls' Mudah & Enak!
Jom cuba hasilkan Chicken Cheesy Potato Balls yang ringkas dan penuh keju ini. Sedapnya!
Siapa sahaja yang tidak menggemari hidangan kentang? Lebih-lebih lagi jika rangup dan dipenuhi inti cheese. Memang nikmat!
Image via giphy.com
Sama ada anda mahukan menyediakan snek ataupun bekal untuk anak kecil, hidangan Chicken Potato Cheesy Balls ini sesuai buat anda. Resepi ini bukan sahaja lazat, malah memuaskan kerana mempunyai kentang, cebisan ayam dan juga inti keju. Pasti tak cukup makan satu sahaja! :D
Untuk resepi Chicken Potato Cheesy Balls yang sesuai untuk dinikmati sebagai snek, ikuti perkongsian chef cilik Danish Harraz di Twitter yang telah mendapat sebanyak 8k retweets dan 15k likes!
Antara bahan yang diperlukan adalah:
Saiz hidangan: 20 biji bebola
- 800 gram kentang
- Hirisan isi ayam (direbus)
- Hirisan daun bawang
- Cili hijau (ikut cita rasa anda)
- Sedikit serbuk cili (ikut cita rasa anda)
- Lada hitam dan garam (secukup rasa)
- Keju mozarela (parutan atau blok)
- Serbuk roti putih
- 2 biji telur, dipukul sedikit
Jom ikuti cara membuatnya pula:
Image via @danish_harraz (Twitter)
3. Kemudian, masukkan ayam, hirisan daun bawang, cili hijau, garam, serbuk cili dan lada hitam.
Image via @danish_harraz (Twitter)
Image via @danish_harraz (Twitter)
Image via @danish_harraz (Twitter)
Image via @danish_harraz (Twitter)
Image via @danish_harraz (Twitter)
Image via @danish_harraz (Twitter)
Image via imgur.com
Image via @danish_harraz (Twitter)
Image via @danish_harraz (Twitter)
Tips tambahan ketika menggoreng:
- Bekukan bebola kentang terlebih dahulu supaya keju tidak lembik sewaktu digoreng.
- Pastikan api tidak terlalu besar sewaktu menggoreng agar bebola tidak mudah hangus.
- Pastikan minyak sudah panas secukupnya sebelum memasukkan bebola kentang untuk mengelakkan bebola menjadi berminyak.
- Apabila sudah kelihatan keperangan, angkat dan toskan dengan segera. Jika dibiarkan lama, bebola kentang akan pecah dan keju akan keluar.
Resepi ini juga boleh disediakan terlebih dahulu dan dibekukan untuk kegunaan masa akan datang
Anda hanya perlu salutkan bebola kentang dengan telur dan serbuk roti, simpankan di dalam bekas tertutup dan bekukan. Kemudian, nyahbekukan selama 5 minit sebelum digoreng atau dibakar di dalam ketuhar. Mudah sahaja!
Apabila 'Chicken Potato Cheesy Balls' sudah siap, inilah hasilnya. Rangup di luar dan lembut di dalam. Jom cuba hasilkan? :D
Image via @danish_harraz (Twitter)
Sumber resepi: Danish Harraz
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Jom check out banyak lagi resepi mudah untuk anak kecil di sini:
Leave a comment