Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Lebih 9k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi 'No-Bake' Red Velvet Cheesecake Mudah. Heaven!

Jom hasilkan resepi Red Velvet Oreo Cheesecake Ini. Tidak perlu guna ketuhar pun!

Cover image via Rohasliza Amat

Baru-baru ini, Oreo telah memperkenalkan perisa baru iaitu Red Velvet yang mempunyai rasa yang sama seperti kek Red Velvet sebenar!

Image via Arisha Rozaidee / SAYS Makan

Jika anda peminat Oreo Cheesecake, anda juga pasti akan suka Red Velvet Oreo Cheesecake yang menarik ini.

Resepi kek ini lebih kurang sama seperti Oreo Cheesecake tetapi kek ini menggunakan biskut Oreo perisa Red Velvet untuk rasa lemak keju yang lebih mantap. Kek ini juga mempunyai warna merah yang menjadikan kek ini nampak lebih menggiurkan!

Untuk resepi Red Velvet Oreo Cheesecake tanpa menggunakan ketuhar, ikuti perkongsian resepi pengguna Facebook Rohasliza Amat yang telah mendapat sebanyak 9.5k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

Image via Rohasliza Amat / Facebook

Bahan-bahan bes Oreo

  • 1 pek besar biskut Oreo perisa Red Velvet (krim dan biskut diasingkan)
  • 3 sudu besar mentega (dicairkan)
Bahan-bahan krim keju
  • 500 gram krim keju
  • 200 ml krim putar
  • Krim putih Oreo
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu besar serbuk gelatin
  • 2 sudu besar air
  • 1/2 pek biskut Oreo kecil (dipatahkan)

Jom ikuti cara membuatnya pula:

  1. Asingkan biskut Oreo perisa Red Velvet dengan krim putihnya.
  2. Hancurkan biskut Oreo sehingga menjadi serbuk.
  3. Gaulkan dengan mentega yang sudah dicairkan sehingga sebati.
  4. Ratakan campuran biskut di atas loyang saiz 6" dan tekan sehingga mampat. 
  5. Biarkan bes Oreo sejuk di dalam peti beku selama 15 minit.
  6. Putarkan krim keju dan gula sehingga sebati atau sehingga gula sudah tidak menjadi berketul.
  7. Menggunakan teknik double-boiler, cairkan krim putih Oreo yang diasingkan.
  8. Seterusnya, gabungkan gelatin dengan air suam.
  9. Campurkan krim putih Oreo cair, gelatin, jus lemon dan putarkan sehingga adunan menjadi gebu dan sebati.
  10. Letakkan biskut Oreo yang dipatahkan ke dalam adunan dan kacau sedikit.
  11. Masukkan adunan krim keju ke atas bes Oreo yang telah dibekukan. Hiaskan kek mengikut kreativiti anda. 
  12. Masukkan ke dalam peti ais dan bekukan semalaman atau sehingga sudah tidak cair lagi.

Apabila sudah siap, inilah hasilnya. Rasa krim keju dengan biskut Oreo Red Velvet memang begitu ngam. Tidak cukup nikmati satu sahaja! :D

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi desserts viral di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment