Oreo Perkenal 'Flavour' Istimewa & Baru Untuk Waktu Terhad Sahaja. Bestnya!
Hanya boleh didapati dalam masa yang terhad tau!
Anda peminat Oreo dan kek Red Velvet? Kami ada berita baik untuk anda.
Red Velvet Oreo kini sudah tiba di Malaysia!
Pada 22 November yang lepas, 7-Eleven Malaysia telah mengumumkan ketibaan biskut berperisa kek ini sempena musim cuti ini. Hanya untuk masa yang terhad sahaja tau!
Jika anda penggemar kek Red Velvet, anda pasti akan jatuh cinta dengan biskut Oreo ini punyalah! :D
Apa yang menarik tentang biskut Oreo ini ialah rasa krim keju yang menonjol tetapi sesuai digandingkan bersama biskut Oreo. Lebih-lebih lagi jika dicicah dengan susu. Memang sama seperti rasa kek tetapi dalam bentuk biskut!
Red Velvet Oreo ini mempunyai gabungan rasa lemak manis. Peminat tegar kek Red Velvet pasti tidak akan kecewa!
Biskut ini hanya berharga RM3.70 untuk setiap paket. Dapatkan sebelum terlambat!
Buat masa sekarang, biskut Red Velvet Oreo ini hanya boleh didapati di cawangan 7-Eleven di Semenanjung Malaysia kecuali Langkawi. Semoga peminat-peminat biskut Oreo pun berpeluang untuk menikmati biskut ini pada masa akan datang!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!