Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Nikmati Nasi Kukus Murah & Famous Di Mutiara Damansara Ini Untuk RM6 Je. Memang Sedap!

Dapatkan nasi kukus lauk ayam goreng berempah lazat di Ilham Nasi Kukus, Mutiara Damansara dan Shah Alam.

Cover image via imgur.com @amy.nwa @yz_7

Dengar sahaja tentang nasi kukus, mesti kecur air liur kan? Siapa sahaja yang tidak tahu tentang Ilham Nasi Kukus di Mutiara Damansara? Memang legend!

Image via @redanweil (Instagram)

Restoran Ilham Nasi Kukus sememangnya terkenal dengan satu-satunya menu nasi kukus mereka yang luar biasa. Tidak kira jam berapa sekalipun, pasti akan ada orang beratur panjang. Walaupun restoran ini sudah beroperasi sekian lama di Lembah Klang, Ilham Nasi Kukus masih mempunyai permintaan yang hangat! 

Kesedapan hidangan nasi kukus (RM6.70) di Ilham Nasi Kukus sememangnya tiada tandingan. Syok betul!

Lihat gambar-gambar yang meliurkan di bawah: 

Image via @queenzycheng (Instagram)

Image via @gemismail (Instagram)

Image via @kakaazraff (Instagram)

Apa yang menarik tentang hidangan ini ialah nasi kukus yang dilimpahi 3 jenis gulai iaitu gulai ikan, gulai darat, kuah kerutup daging. Setiap kuah mempunyai rasa rempah ratus dan kari yang begitu mantap sekali. Ditambah pula dengan sambal belacan yang menambahkan rasa pedas. Pasti akan naik selera! 

Bukan itu sahaja, ditambah pula dengan acar nanas yang mempunyai rasa masam manis. Manakala ikan bilis masak lada juga menambah extra crunch kepada hidangan ini. Dari rasa pedas, masam, manis dan savori, semua ada. Memang cukup rasa!

Selain itu, ayam goreng rempah herba yang dihidangkan juga sangat melazatkan dan sesuai dinikmati bersama nasi kukus. Enak sungguh!

Nampak sedap, bukan? Dapatkan info penuh Ilham Nasi Kukus di sini:

Image via @sharinginfoz (Instagram)

Cawangan Mutiara Damansara

Alamat
: Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi
: 11.30 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)

No. Telefon: +6013-966 2525

Cawangan Petaling Jaya

Alamat: 9, Lorong 51a/227a, Seksyen 51a, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi
: 11.30 pagi - 9.00 malam (Setiap hari)

No. Telefon: +6014-644 2525

Cawangan Shah Alam

Alamat: Jalan Plumbum Y 7/Y, Jalan Plumbum Z 7/Z, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi
: 11.45 pagi - 11.00 malam (Setiap hari)

No. Telefon: +6011-2604 2525

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi makanan menarik di sini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment