Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
makan

Pemuda Malaysia Ini Berjaya Membuka Restoran Nasi Lemak Di London. Ini Kisah Dia!

Nasi Lemak Nek Nong, pengubat rindu rakyat Malaysia di London.

Cover image via imgur.com

Kepada sesiapa yang pernah bercuti mahupun menetap di luar negara, pasti terasa rindu akan sajian Malaysia terutamanya nasi lemak

Image via aromasian

Begitulah bermulanya ilham bagi Duzy Norazamnas Abdul Aziz, 30, untuk membuka restoran nasi lemak di luar negara. Sebelum ini, Duzy telah mengusahakan Warung Nasi Lemak Ben-Seoul di Seoul, Korea Selatan.

Walau bagaimanapun, sekarang Duzy telah berhijrah ke Kota London pula bagi memberikan perniagaannya satu nafas baru.

Kini, restorannya Nasi Lemak Nek Nong mendapat sambutan yang hangat di kalangan rakyat Malaysia di London

Nasi Lemak Nok Neng, London

Image via Nasi Lemak Nok Neng / Facebook

Apa yang membezakan restoran milik anak kelahiran Penampang, Sabah, ini dengan restoran Malaysia yang lain di Kota London ialah menu utamanya iaitu nasi lemak berserta lauk panas seperti rendang daging, sambal sotong dan juga kerang.

Disebabkan kawasan restorannya yang strategik dan populasi rakyat Malaysia di London yang tinggi, Nasi Lemak Nek Nong mendapat sambutan yang menggalakkan. Malah, pelanggan restoran ini bukan hanya terdiri dari rakyat Malaysia sahaja tetapi rakyat Singapura, Brunei dan Indonesia juga tidak terlepas dari tempias Nasi Lemak Nek Nong!

Restorannya dinamakan Nek Nong sempena nama panggilan ibunya untuk meraih keberkatan dari ibu

Image via Nasi Lemak Nok Neng / Facebook

Menurut Duzy, ibunya telah memainkan peranan yang besar dalam mengajarnya memasak dan mendorong perkembangan perniagaannya. Resipi nasi lemaknya juga telah diwarisi dari ibu. Oleh itu, memang tidak boleh dinafikan kelazatan nasi lemaknya. 

Duzy berimpian untuk memperkenalkan nasi lemak di seluruh dunia

Image via Nasi Lemak Nok Neng / Facebook

Nasi lemak memang mempunyai makna sentimental kepada rakyat Malaysia lebih-lebih lagi yang berada di perantauan. Manakan tidak, di Malaysia, hidangan ini boleh dijamu untuk sarapan, makan tengah hari dan juga waktu malam. Tipulah kalau tak rindu nasi lemak!

Ucapan syabas kepada Duzy di atas keberaniannya untuk mengusahakan restoran di luar negara demi mengharumkan sajian Malaysia!

Ikuti pula kisah perniagaan nasi lemak Duzy di Korea Selatan:

Ini dia cara lain yang sangat unik untuk anda menikmati nasi lemak:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment