7 Resepi Lauk Tom Yam Popular & Ringkas Yang Sesuai Untuk Bila-Bila Masa Sahaja. Sedap!
Dari tom yam kambing hingga ikan bakar tom yam, kesemuanya senang untuk dihasilkan dan sedap!
1. Resepi Mihun Tomyam
Image via MyResipi
Jika anda mahukan sesuatu yang mudah untuk disediakan, anda wajib sekali mencuba resepi Mihun Tomyam ini. Resepi ini hanya memerlukan anda menumis semua bahan-bahan dalam satu periuk sahaja. Simple tetapi sangat memuaskan kerana mempunyai sayur-sayuran seperti kobis bunga, tomato dan lobak merah.
Dapatkan resepi penuh Mihun Tomyam di sini.
2. Resepi Sotong Goreng Tomyam
Image via MyResipi
Untuk lauk seafood yang mudah, anda juga boleh mencuba resepi Sotong Goreng Tomyam ini. Kuah tomyam klasik memang tidak lengkap tanpa sotong. Bukan itu sahaja, masa penyediaan hidangan ini juga tidak mengambil masa yang lama kerana sotong juga tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.
Dapatkan resepi penuh Sotong Goreng Tomyam di sini.
3. Resepi Tomyam Campur
4. Resepi Ayam Goreng Tomyam
Image via MyResipi
Anda mahu menikmati tomyam tanpa kuahnya? Anda wajib sekali mencuba Ayam Goreng Tomyam ini. Walaupun kering, hidangan ini masih mempunyai rasa tomyam yang begitu mantap sekali. Memang sedap! Lagi-lagi kalau dinikmati bersama telur dadar.
Dapatkan resepi penuh Ayam Goreng Tomyam di sini.
5. Resepi Ikan Bakar Tomyam
Image via MyResipi
Hidangkan sesuatu yang istimewa buat mereka yang tersayang dengan menghasilkan resepi Ikan Bakar Tomyam ini. Resepi ini juga mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu mengisarkan bahan-bahan, perap ikan dan bakar. Hasilnya juga sangat menakjubkan. Sedap betul!
Dapatkan resepi penuh Ikan Bakar Tomyam di sini.
6. Resepi Tomyam Ikan
7. Resepi Tomyam Kambing
Image via MyResipi
Tukar selera anda dengan resepi Tomyam Kambing ini. Disebabkan kuah tomyam mempunyai rasa pedas dan masam, kambing juga tidak mempunyai rasa hamis. Malah, kambing menyerap rasa tomyam menjadikannya juicy dan enak sekali. Memang sesuai untuk anda yang menggemari lauk kambing!
Dapatkan resepi penuh Tomyam Kambing di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Dapatkan banyak lagi resepi best di sini:
Leave a comment