Roti Canai Burrito RM4 Di Melaka Ini Sangat Unik & Memang Merecik. Wajib Cuba!
Jom nikmati Roti Canai Merecik Special unik hanya di 8272 Barakah Corner di Melaka!
Roti canai memang sudah tentu sedap dan mudah didapati di mana-mana kedai. Apa yang menarik tentang roti canai ialah ia sesuai dinikmati pelbagai cara.
Sama ada roti canai banjir, telur goyang, kita boleh setuju kesemuanya sedap-sedap belaka. Tetapi pernah tak anda mencuba roti canai burrito?
Image via giphy.com
Gerai 8272 Barakah Corner di Kampung Lapan, Melaka menyediakan Roti Canai Merecik Special atau dikenali juga sebagai 'Roti Canai Burrito'
Lihat gambar-gambar yang yang melazatkan di bawah:
Image via @fitri_yanaaa (Instagram)
Image via @tikahsalleh (Instagram)
Image via @fight4foods_ (Instagram)
Apa yang menarik tentang Roti Canai Merecik Special ini ialah inti roti canai iaitu telur dadar dan ayam goreng berempah yang sangat melazatkan. Roti canai juga diuli sehingga nipis untuk memastikan bahagian luar rangup dan flaky ibarat pastri.
Kulit roti canai crispy ini memang sesuai dipadankan bersama intinya yang penuh dengan rasa rempah ratus. Ditambah pula dengan kuah dhal banjir dan sambal. Memang layan!
Jika anda mahukan sesuatu yang extra, anda juga boleh mendapatkan Roti Canai Cheese Merecik yang mempunyai tambahan keju sebagai inti dan juga topping
Image via @ard.dovinia (Instagram)
Image via @makannn_ajelahhh (Instagram)
Hidangan yang filling ini memang enak dimakan begitu sahaja, tetapi tambahan keju membuatkan hidangan ini menjadi lebih memuaskan. Walaupun agak pelik tetapi keju menaikkan lagi rasa inti telur dan ayam goreng. Jika anda minat makanan berkeju, anda wajib sekali mencuba hidangan ini!
Lihat saja betapa enaknya Roti Canai Merecik Special ini. Memang merecik!
Anda teringin merasa Roti Canai Burrito? Dapatkan info penuh 8272 Barakah Corner di sini:
Image via @farah_sakinah (Instagram)
Alamat: Jalan Pandan, Taman Kesidang Seksyen 1 (Bersebelahan Klinik Kesihatan Tengkera), Kampung Lapan, 75250 Melaka.
Waktu Operasi:
7.30 pagi - 12.00 tengah hari (Rabu hingga Isnin)
Tutup setiap hari Selasa.
Dapatkan maklumat lanjut di sini: Facebook
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan
Jom check out banyak lagi hidangan menarik dan murah di sini:
Leave a comment