makan

Nikmati Hidangan Jogjakarta & 24 Jenis Sambal Pedas Berapi Di Restoran Di TTDI Ini!

Peminat makanan pedas pasti akan rambang mata di Waroeng Spesial Sambal di TTDI ini!

Cover image via @seefood_diet | @ellyshuhaili (Instagram)

Jika anda seorang peminat makanan pedas, anda pasti wajib menikmati setiap hidangan bersama sambal, bukan? Kalau tidak pedas, maka tidak sempurna!

Antara hidangan pedas yang terkenal dan sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia ialah nasi ayam penyet bersama sambal gesek. Memang mantap!

Tetapi tahukah anda, anda kini boleh mendapatkan pelbagai jenis sambal di Waroeng Spesial Sambal 'SS' di Taman Tun Dr. Ismail. Dari tidak pedas hingga pedas berapi, macam-macam pilihan ada!

Image via giphy.com

Waroeng Spesial Sambal 'SS' di Taman Tun Dr. Ismail menyediakan pelbagai jenis hidangan Indonesia yang asli pada harga yang sangat berpatutan. Memang berbaloi!

Lihat gambar-gambar yang menyelerakan di bawah: 

Apa yang menarik tentang Waroeng Spesial Sambal 'SS' ialah setiap pilihan lauk boleh dipilih untuk dibakar atau digoreng. Pilihan lauk yang dibakar hanya perlu tambah RM1 sahaja. 

Antara kegemaran kami ialah Ayam Bakar (RM6.00), Itik Goreng (RM8.50) dan Ikan Tilapia Goreng (RM8.00)
Untuk lauk seperti ayam dan itik, anda boleh memilih antara paha atau dada tanpa kos tambahan. 

Lauk Ayam Bakar mempunyai rasa kicap manis yang sangat menyelerakan. Manakala Itik Goreng pula digoreng sehingga rangup dan dagingnya mempunyai rasa yang begitu manis. Bukan senang untuk mendapatkan itik goreng yang dimasak dengan baik sekali! 

Bukan itu sahaja, Waroeng SS juga menghidangkan 24 jenis sambal yang menarik dan lain daripada lain!

Sama ada anda peminat makanan pedas atau tidak, Waroeng SS mempunyai pelbagai pilihan sambal yang menepati semua cita rasa. Antara sambal yang paling popular di restoran ini ialah Sambal Bawang (RM2.00) yang mempunyai kepedasan yang ketara tetapi diseimbangkan dengan rasa manis dari bawang merah. 

Tidak suka pedas? Anda boleh memilih Sambal Kicap (RM2.00) yang mempunyai rasa masin dan manis yang sesuai dinikmati bersama semua jenis lauk. Sambal Udang Pedas (RM5.00dan Sambal Terung (RM2.50) juga antara sambal yang wajib dicuba, rasanya yang pedas pasti akan menaikkan selera anda. Memang terangkat!

Anda teringin cuba? Dapatkan info penuh Waroeng Spesial Sambal di sini:

Alamat: 41, 43, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
11.00 pagi - 11.00 malam (Sabtu hingga Khamis)
2.30 tengah hari - 11.00 malam (Jumaat)

No. Telefon: +603-2859 0410

Dapatkan maklumat lanjut di sini: Instagram | Facebook

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi tempat menarik dan murah di sini:

You may be interested in: